Sabtu, 3 Januari 2009

aku tak tau nak cerita apa pasal tahun 2008

tahun 2008

tahun di mana aku genap umur 18 tahun. tahun di mana aku pertama kali menjejakkan kaki ke universiti. tahun yang mana aku peroleh lesen P untuk motorsikal. tahun yang mengakhiri hidupku di bandar aman, Taiping dan berpindah ke kampung halaman Sang Gedembai, Batu Gajah.

tahun yang banyak kenangan manis + pahit = mahit!!

tahun 2008

pada tahun ini juga aku dapat bertemu kawan aku yang sudah lama menyepi. sebenarnya, dah lama tak jumpa. bukan menyepi atau kesepian. dan bukan juga seperti tajuk filem Sepi. akhirnya kami jumpa pun membuatkan aku teruja walaupun dia tidak! :(
kesian...

dah lama aku tak jumpa kawan2 sekolah aku sebab semuanya busy dengan urusan masing2. jumpa pakwe la, pergi kenduri sedara la, anak buah kahwin la, jadi aku tidak ada kesempatan untuk 'diziarahi' sesiapa pun kecuali nyamuk2 yang senantiasa mengelilingi diriku ini. huh!

sejak akhir2 ni, aku macam berminat sungguh tengok video Nabil dalam Raja Lawak.

entah la kenapa...dapat hilang tension kot.

si 2008 sudah melabuhkan tirai, muncul pula sang 2009!!



GUE : aku masih ingin rasa terbang.