tahlil dan kenduri kahwin. hadirkan diri anda ke sana sementara ada masa.
YA!
perlu hadir kerana dapat makan free. jika tidak hadir anda tidak dapat merasa memakan nasi minyak, ayam masak merah, acar, jelatah, rendang tok, air oren, air sirap, buah tembikai dalam satu masa. aku mengikut parents ke kenduri kahwin kerana jika mereka pergi, maka tiada makanan yang akan disediakan pada waktu lunch @ tengahari yang akan menyebabkan aku kelaparan. nanti berat badanku akan menurun!
mungkin bagi sesetengah pihak ianya kelihatan dan kedengaran sebagai good news. tetapi waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai untuk aku berehat dan makan sambil menonton kaca televisyen. kaca televisyen?? itu dialog yang aku dengar di dalam drama Melayu. kelakar habis dialog dalam drama tersebut. harap jangan marah panel skrip.
minggu lepas aku dijemput ke 3 kenduri kahwin. tapi sebenarnya yang dijemput adalah parents ku bukan aku. tapi aku masih menganggap aku dijemput juga kerana dalam kad jemputan kahwin ditulis:
kepada : cikgu mior&cikgu maimun & SEKELUARGA...
aku dijemput. aku dijemput. yeye!!
20hb ini selepas isyak, rumahku mengadakan tahlil. yes! aku tahu kerjaku. mengacau lauk-pauk serta membasuh pinggan mangkuk sehingga nightline. huh..aku menantikan kerja itu. insyaAllah...harap aku hanyalah agar majlis tahlil itu berjalan lancar dan sempurna. aminn~~
GUE : ....tunggu orang lagi kerja aku....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan