Ahad, 28 Disember 2008

pilihan dan kesempatan

kadang2 aku teringin mau terbang.
jauh dari permasalahan yang kadang2 membingitkan.
bukan aku persalahkan sesiapa tapi ini dugaan untuk aku dari Maha Esa.
apa yang penting adalah keKUATan.
jelas, aku masih belum utuh untuk perjuangan ini.

perjuangan?

entahlah.

otak aku tidak boleh berfikir pada masa ini.


GUE : ....masih tiada kata

Sabtu, 27 Disember 2008

mari menyanyi semua!! lalalala..

singer : AIZAT af5
song : LAGU KITA
composer : AIZAT af5 juga

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita

#
#
#
#
#
#

GUE : kalaulah ini lagu sekolah aku dulu...kan best?

Selasa, 16 Disember 2008

tahlil dan kenduri kahwin. hadirkan diri anda ke sana sementara ada masa. YA!

tahlil dan kenduri kahwin. hadirkan diri anda ke sana sementara ada masa.

YA!

perlu hadir kerana dapat makan free. jika tidak hadir anda tidak dapat merasa memakan nasi minyak, ayam masak merah, acar, jelatah, rendang tok, air oren, air sirap, buah tembikai dalam satu masa. aku mengikut parents ke kenduri kahwin kerana jika mereka pergi, maka tiada makanan yang akan disediakan pada waktu lunch @ tengahari yang akan menyebabkan aku kelaparan. nanti berat badanku akan menurun!

mungkin bagi sesetengah pihak ianya kelihatan dan kedengaran sebagai good news. tetapi waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai untuk aku berehat dan makan sambil menonton kaca televisyen. kaca televisyen?? itu dialog yang aku dengar di dalam drama Melayu. kelakar habis dialog dalam drama tersebut. harap jangan marah panel skrip.

minggu lepas aku dijemput ke 3 kenduri kahwin. tapi sebenarnya yang dijemput adalah parents ku bukan aku. tapi aku masih menganggap aku dijemput juga kerana dalam kad jemputan kahwin ditulis:

kepada : cikgu mior&cikgu maimun & SEKELUARGA...

aku dijemput. aku dijemput. yeye!!

20hb ini selepas isyak, rumahku mengadakan tahlil. yes! aku tahu kerjaku. mengacau lauk-pauk serta membasuh pinggan mangkuk sehingga nightline. huh..aku menantikan kerja itu. insyaAllah...harap aku hanyalah agar majlis tahlil itu berjalan lancar dan sempurna. aminn~~


GUE : ....tunggu orang lagi kerja aku....

Rabu, 10 Disember 2008

otak buntu.mulut kering.cuti kurang dari 2 weeks

anda tahu apa perasaan seseorang itu jika mulutnya mengandungi mata ikan?
(*ala yang warne putih berbentuk lebih kurang bulat tu..)

sangat2 sakit. aku tidak dapat makan ketupat+rendang+mee kari masakan ummi ku dengan sempurna. aku tidak dapat mengunyah makanan tersebut dengan baik. mungkin disebabkan itu juga,proses penghadaman dalam perutku juga menjadi tidak menentu. dan disebabkan ketidaktentuan dalam proses penghadaman,aku asyik mengalami penyakit 'stomatch pain'.

langkah2 yang aku sudah cuba:
1. meletakkan planta semasa tidur
2. meletakkan garam kasar yang digunakan untuk memasak
3. memetapkan tisu pada bahagian yang sakit,walaupun bertambah sakit
4. menarik bibir semasa ingin memberus gigi
5. juga menarik bibir semasa ingin makan

keputusan:
1. tiada apa yang berlaku
2. bahagian sakit semakin membengkak
3. aku makin dalam kesakitan yang teramat!!

sudah hampir 4 hari aku dalam kesakitan di tahap maximum. aku buntu memikirkan langkah2 yang perlu dan butuh dilakukan.

ini baru dugaan mulut yang kecil, tapi aku masih tidak dapat bersabar.belum lagi dugaan besar yang mendatang yang sememangnya menguji kekentalan iman aku.

GUE: sabarlah tim.

Isnin, 17 November 2008

bila aku sudah penat memikirkan cara untuk mengangkat kotak2 yang berat

aku ingin ketawa sebentar

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

rasanya itu bukan sebentar tetapi bebentar-bentar. sebenarnya aku amat2 happy kerana perjuangan aku di medan otak geligar sudah pun berakhir sebentar tadi jam 12pm tepat!

DONG!!

'sila letak pen atau pensel anda. berhenti menjawab'

memang aku sedah letakkan barang2 itu di tempat yang sepatutnya (pencil case) sebelum arahan diberi. dalam otak aku ketika itu jam 11.30am:

'alamak! ada lagi barang yang aku tak packing. sempat ke ni...kotak pun tak angkat lagi. adoii...'

memang sewel agaknya tim hayabutsa ini. entah apa yang aku fikirkan tika itu.

'diorang kata duit jpa dah masuk. balik ni kena terus pegi check! kot2 ada kot.'

jangan salahkan aku tentang apa yang terlintas di fikiran aku ketika itu. memang sudah lumrah kehidupan budak-budak U. aku juga sudah membuat bekalan masa cuti. iaitu memasukkan story2 jepun + hollywood + hantu + indon ke dalam laptop aku. sehinggakan battery laptop itu sudah pun kiok!! aku tidak tahu mengapa.



GUE : tidur lebih memenatkan. ZzZzZzZzZzZzzzzz~~~

Jumaat, 7 November 2008

SATU. DUA. TIGA.


aku sedang menanti detik-detik bermakna dalam hidupku pada hujung tahun ini. aku masih dalam perjuangan yang belum selesai.


SUDAH - CTU 551 (29/10/08)


SUDAH - MGT 380 (4/11/08)


SUDAH - LAW 385 (7/11/08)


BELUM - MAT 126 (11/11/08)


BELUM - AIS 130 (14/11/08)


BELUM - ECO 410 (17/11/08)


teruskan perjuangan yang belum selesai. lagi separuh paper yang perlu aku jalani.

puhh~~


GUE : agak-agaknya, dapat tak aku pergi HAJI tahun depan??

tadi cikgu maimun telefon aku - 'tahun depan nak pegi haji tak?'

Ketika matahari melabuhkan pandangannya

Ketika burung kembali ke sarangnya

Ketika senja membuka tirainya

Aku mendengar laungan azan yang sayup-sayup berbunyi

mengajak umat Muhammad

agar bersama-sama menghadap menyembah Yang Maha Esa

Allah Hayyul Qayyum.

Ulang 3x

‘Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.’

Aminn~


GUE : aku ingin berdakwah melalui diriku sendiri.

Rabu, 5 November 2008

ketika aku sedang menghafal fakta-fakta dalam LAW, aku telah...

5hb NOVEMBER 2008

10.46 pagi

Aku terasa sangat2 merindui kaum keluargaku. Ayah, Mie, Abanglong, Abangah, Meh.

Hatiku sebak. Airmata ku tahan agar jangan dialirkan.

'aku rindu sangat dengan diorang...'

entahlah kenapa..aku sendiri tidak mengetahuinya.

aku bukannya student yang selalu homesick. dan yang paling menyeramkan, aku tak pernah homesick sejak aku tinggal di hostel. hendak saja aku ke klinik bertanyakan kondusi diriku yang tak pernah homesick ini kepada doktor2 pakar. kemungkinan mereka juga tidak punya ubat untuk penyakit ini.

tapi hari ini, aku sudah mengerti kenapa budak2 yang lain menangis di tepi tangga ketika menelefon ibu bapa mereka. mereka yang menangis tidak henti-henti. mereka yang merah matanya setelah habis semua air mata dialirkan. mereka yang termenung mengingatkan adik-adik di rumah.

aku baru faham sekarang.

jangan risau anda semua yang menangis di tepi tangga, aku tidak akan ketawakan kamu semua. jangan risau.

semalam cikgu maimun menelefonku mengatakan aku telah menerima kad raya. dan kad raya itu telah cikgu maimun baca.

'adoiii...gila ke? dah habis raya baru nak hantar kad raya. baik hantar kad haji ke...'


GUE : malam tadi aku bermimpi tentang DIA - tapi aku tak suka

Ahad, 2 November 2008

Bila pagi menjelma, aku masih keletihan dan mencuba untuk bernafas tenang

Ketika udara pagi Ahad meniupkan anginnya dan ketika kicauan angin berbunyi merdu…

*teet*teet*teet*

Hand phone sony ku bergetar ingin diperhatikan. Lantas aku mencapainya.

1 message received

Hatiku berbisik, ‘pagi-pagi buta dah bagi message. Siapa la ni yang kacau aku tidur.

Message tersebut aku buka, dan tertera nombor pengirim yang aku tidak langsung kenali.

‘just I got my diary. Thank u so much 4 ur help. –Dr.Javad’

Dalam hatiku, oh the missing diary rupanya. Ehmm..no problem sir!

Aku tarik semula selimut untuk menyambung mimpi yang indah.

GUE : pagi-pagi buta yang dimaksudkan adalah jam 10 pagi.