Isnin, 17 November 2008

bila aku sudah penat memikirkan cara untuk mengangkat kotak2 yang berat

aku ingin ketawa sebentar

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

rasanya itu bukan sebentar tetapi bebentar-bentar. sebenarnya aku amat2 happy kerana perjuangan aku di medan otak geligar sudah pun berakhir sebentar tadi jam 12pm tepat!

DONG!!

'sila letak pen atau pensel anda. berhenti menjawab'

memang aku sedah letakkan barang2 itu di tempat yang sepatutnya (pencil case) sebelum arahan diberi. dalam otak aku ketika itu jam 11.30am:

'alamak! ada lagi barang yang aku tak packing. sempat ke ni...kotak pun tak angkat lagi. adoii...'

memang sewel agaknya tim hayabutsa ini. entah apa yang aku fikirkan tika itu.

'diorang kata duit jpa dah masuk. balik ni kena terus pegi check! kot2 ada kot.'

jangan salahkan aku tentang apa yang terlintas di fikiran aku ketika itu. memang sudah lumrah kehidupan budak-budak U. aku juga sudah membuat bekalan masa cuti. iaitu memasukkan story2 jepun + hollywood + hantu + indon ke dalam laptop aku. sehinggakan battery laptop itu sudah pun kiok!! aku tidak tahu mengapa.



GUE : tidur lebih memenatkan. ZzZzZzZzZzZzzzzz~~~

Tiada ulasan: