Dah masuk 14 hari kite berpuase. dan lagi 16 hari kite nak sambut hari kemngan – bulan SYAWAL. Ckp psl bln SYAWAL, tringt aku kt sorg shbat aku ni nmenye SYAWALLIAH. Definitely she’s a girl. Don’t ask any question yeah.. kalo dah dlm bln SYAWAL, mesti la nk smbut HARI RAYA AIDILFITRI kan? Tringat plak kat FITRI AF2. Adoii…focus2..
Ketika kita sedang mghitung hari2 utk smbutan hari raya, mgkin kite lupa kpd tarikh penting dalam Islam iaitu 17 RAMADHAN (NUZUL AL-QURAN). Betapa mnusia sering terlupa. masyaALLAH.
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah al-‘Alaq (ayat 1-5) yang memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
( surah al-‘Alaq : 1-5 )
Sjrh kegemilangan Tamadun Islam telah berjaya dicipta krn penghayatan ummah terhadap bdya ilmu dlm kehidupan seharian. Ilmu merupakn elemen penting yg mnjadi pemangkin pergerakan manusia. Penguasaan plbgai ilmu pengetahuan mnjadikn msyrkt Islam mmpu melakukn penelitian, pengkajian dan mghasilkan penemuan baru atau tknologi. Antara cnth intelektual Islam adlh spt Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutah, Ibnu Maskawayh, al-Farabi, al-Khindi, al-Khawarizmi, al-Ghazali, al-Biruni dan al-Battani.
Selain itu, para ulama’ Islam turut brkmbg krn pemilikan ilmu spt Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Mereka semua adlh intelektual Islam yg mnjadikan al-Quran dan as-Sunnah sbg sumber utama ilmu mereka.
Al-Quran tlh diturunkan ALLAH SWT buat panduan umat MUHAMMAD. Al-Quran merupakn mkjizat yg diwhyukan oleh Allah SWT melalui Jibrail AS kpd Nabi Muhammad SAW. Al-Quran mengandungi 6666 ayat dan 114 surah serta merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundgan, alam ghaib, nilai moral, fakta2 sains, sjrh dll. Satu2nya mkjzt yg diberikan Allah SWT kpd Rasulullah SAW yg masih dpt dilihat kita sehingga ke hari ini, sentiasa menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam utk kebaikan bersama. (amar makruf, nahi mungkar)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”
( surah Ali Imran : 110 )
Allah SWT tlh menciptakan manusia untuk mnjadi khalifah dan mengamankan muka bumi Allah ini. Perlulah kita memikul amanah Allah SWT ini sebaik2nya.
Ingin saya petik sdkt hadith Rasulullah yang lebih kurang maksudnya :
“Sekiranya kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu mengambil tindakan dan sekiranya kamu tidak mampu, maka perlulah kamu menegurnya secara lisan (ada sstgh ulama’ mentafsirkan lisan sbg kata2 atau tulisan). Dan jika tidak mmpu perlulah berniat ikhlas dlm hati (berdoa). Ssungguhnya ia adlh selemah2 iman.”
Sesiapa yg mendustakan ayat2 Allah SWT, tlh Allah SWT tegaskan di dlm surah al-A’raaf ayat 176.
“Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”
( surah al-A’raaf : 176 )
InsyaAllah…
‘Manusia yang terbaik adalah manusia yang berTAQWA’ –imam terawih
Ahad, 14 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan