Jumaat, 31 Oktober 2008

Anak cikgu Mior yang ke-3

.AISYAHATUN MASTURA BT MIOR HABIDIN.

Siapa dia dalam hidup penulis blog ni?

Fikir sekejap…(penulis pun nak sama2 fikir)

Dia anak Cikgu Mior + Cikgu Maimun yang ketiga. Merangkap anak perempuan sulung sebelum aku. Aku tetiba saja nak tulis pasal dia ni walaupun aku sendiri tak pernah tulis mengenai diri ku sendiri. Aku nak buat persamaan yang senang nak faham ye.

AISYAHATUN MASTURA = gadis musikal

Jangan anggap ‘gadis musikal’ ini adalah gadis yang pandai bermain instruments music seperti piano, violin atau guitar mahupun drum. Jangan sama sekali! Kerana gadis ini langsung tidak tahu bermain alat musik seperti yang di atas melainkan satu, iaitu rekoder. Itupun telah dipaksa untuk mempelajarinya sewaktu berusia 10 tahun hingga 12 tahun. Maka, beliau adalah gadis musikal yang melencong atau terlencong. Aku tidak tahu.

Actually, buat pengetahuan anda semua, gelaran tersebut telah aku beri kepada beliau.

Mengapa??

Kerana di dalam handphone nya terkandung sebanyak 97% lagu-lagu yang aku sendiri tidak pernah dengar. Tidak juga pernah didengari di corong-corong radio seperti HOT,ERA,X-Fresh,MUZIK,HITZ mahupun SINAR. Kerana lagu-lagu yang dimilikinya sungguh unik dan datang dari seberang yang dibawa oleh rakan-rakan praktikalnya yang berasal dari negara SUHARTO & SUKARNO (Indonesia).

Seriously, aku memang tak pernah dengar lagu tu semua. Tapi tak kesahlah. Asalkan dapat buat beliau happy.

********** (aku tengah fikir apa yang perlu tulis tentang beliau)

***************************(masih berfikir)

***************(dapat!)

Buat saudara2 yang berkelayakan yang berkenan dengannya, inilah masanya! Beliau :

1. Masih single / solo / bukan duet.

2. Umur dirahsiakan tetapi masih belum mencapai tahap andartu…

3. Memiliki handphone cap nokia 5300

4. Nombor dirahsiakan tapi bagi hint sikit : pakai Maxis

5. Mempunyai ramai ‘teman tapi mesra’. Bob AF2 tiada kena mengena dengan beliau

6. Memiliki adik yang amat comel, cantik, baik hati, sering tolong orang, rendah diri, rendah diri juga

7. Suka makeup sampai jadi ‘badut’ pun ada. Oppss..

8. Suka Indonesian music / songs

9. Lagi..dia suka sangat warna pink sampai menubuhkan Sekolah Merah Jambu walaupun kitorang pernah duduk Kg. Jambu suatu ketika dahulu

Macam biasa aku dah tak tahu nak cakap apa pasal beliau.

Errmm


GUE : nanti aku sambung lagi

permasalahanYANGkompleksBUATKU

masalah = rumit

masalah + rumit = kompleks

masalah + rumit + kompleks = headache!

Ni memang masalah yang amat teruk buat diriku. Mungkin remaja kini memang sering dibelenggu dengan masalah yang sukar untuk ditafsirkan by words. Maybe~~

Dan mungkin permasalahan ini perlu dirungkai satu per satu agar ia tidaklah menjadi terlalu rumit. Tapi ia masih menjadi SATU PERMASALAHAN buat remaja2 kini.

Dunia ni memang palat, tapi esok masih ada…” petikan kata2 Liyana Jasmay dalam Kami the Movie.

*

*

*

*

“PALAT?? Dunia ni memang palat?? Betul ke?” aku bermonolog sendirian.

palat = teruk = jahanam = kejam = palat

Masih confuse? Aku pun begitu. Tadi aku baru tengok movie “Virgin Suicide” lakonan Kirsten Dunst & Josh Harnett. Pasal 5 girls (adik-beradik) yang punya permasalahan dalam hidup. Mereka menganggap dunia ni palat mungkin. Mungkin~~

Dan yang paling menjengkelkan, mereka semua telah mengambil jalan mudah iaitu ‘suicide’ @ ‘bunuh diri’ kerana tidak dapat mencari jawapan untuk persoalan yang ditimbulkan oleh mereka sendiri!

1st girl yang bunuh diri, Cecelia masih berusia 13 tahun. First attempt dia nak bunuh diri was failed. Dialog Cecilia ketika berjumpa dengan psychology adalah :

“Obviously Doctor, you’ve never been a 13-year-old girl”

Ermm..mungkin doctor lelaki tu memang tak pernah jadi budak perempuan yang berumur 13 tahun, tapi aku pernah. Ketika itu aku masih Form 1 yang baru setahun datang *bunga merah*.

Aku masih kecil. Aku masih mentah. Aku masih hingusan. Aku baru pertama kali belajar Sejarah yang memaksa aku untuk menghafal setiap tarikh, setiap tempat, setiap tokoh….erkk! Buat adik2 Form 1, sayangilah subjek Sejarah.

Berbalik kepada topik permasalahan sebentar tadi. Sebenarnya, setiap yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, apa yang menyebabkan fikiran remaja2 ini berkecamuk? Adakah :

1. Wang / Duit

2. Teman lelaki

3. Parents

4. Rakan-rakan sebaya

5. Sekolah

6. Manusia sekeliling

7. ?

8. ?

9. ?

Aku masih berteka-teki dengan persoalan. Mungkin disebabkan hal ini, banyak masalah yang perlu difikirkan oleh pihak bertanggung jawab seperti pihak kerajaan, parents, guru, masyarakat dll.

Cara-cara yang aku syorkan untuk banteras gejala permasalahan ini :

KASIH SAYANG = CINTA = HORMAT = BERILMU = PRIHATIN = RASIONAL

Pada fikiran aku, semuanya perlu bermula dari diri sendiri. Contohnya, kalau kita hendak makan, maka kita perlu berjalan ke dapur untuk mencari makanan / masak makanan itu sendiri. Lagi, kalau kita hendak menuntut ilmu atau jadi orang berilmu, jadi kita perlu tanamkan minat atau cinta pada ilmu pengetahuan itu sendiri. Kalau kita hendak harapkan pada orang lain, maka kita tidak akan ke mana.

Salah satu prinsip dalam Islam Hadhari iaitu, prinsip ke-6 : ‘Menjalani Kehidupan Berkualiti’. Hidup seseorang itu akan lebih berkualiti sekiranya dia lebih menghargai setiap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Oleh itu, jadilah muslim atau muslimat yang sentiasa mengamalkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. InsyaAllah~~

Jadi…

*

*

*

*

HIDUP NI BUKAN PALAT, kan?


GUE : lapar. maggi. susu. law.

Rabu, 29 Oktober 2008

SB - Suke Berjoget

SB tu actually untuk sehati berdansa.

Hari sabtu lepas aku tgk program Astro ni kat RIA. Aku tgk sebab nak tgk pasangan2 ni berjoget. Dan pada masa sama aku nak tengok siapa artis yg dah kahwin. sbb dah lama tak amik tahu pasal dunia glamorous ni.

Ramai jugak yg dah kahwin. Tapi ramai yang kahwin dgn orang biase2 je except khai-rosma, lisda-fauzi. (sebut mana yg aku tahu je)

Bagus jugak tarian diorang. Ade jugak yang keras. Tapi aku tak salahkan diorg sebab bukan semua org ade badan fleksible mcm Mr. Pat Ibrahim. kan? (angguk kan aje)

GUE : Aku teringin nak tgk Siti-Dtk K menari. mesti ******* :P

some word for today

"an eye for an eye only leads to more blindness"

Margaret Atwood, www.brainyquote.com

GUE : susah juga jadi org celik ni kan? - entahlah

soalan pe ni 2

Bila umur dah cecah 18 or 19, aku sedang fikirkan macam mane nak jadi kaya. Mmg 'konsep kaya' tu yg sedang bermain dalam fikiran aku sekarang. Maybe sampai aku habis graduate nanti. (lagi 4 tahun=umur 22thn)

Konsep Kaya dlm fikiran aku sekarang:
1. Belajar sampai tamat, then baru fikir psl cari kerja.
2. Sambil belajar, sambil cari kerja kat Mamak dekat kolej aku.
3. Jual topup cecah sampai rm2000++ dlm sebulan mcm roomate aku.
4. Simpan duit JPA half and half lagi enjoy.
5. Bukak bisness yg boleh buat aku kaya+famous+glamorous+bley kirim sket kat parents :P
6. Jadi artis rakaman under syarikat BABAS
7. ****** idea dah hilang sbb ada org menyampuk tadi.

Aku mmg nak jadi kaya 1 hari nanti. Buat masa sekarang ni aku nak stick pd Konsep Kaya yg nombor 1 & 4. Sebab kalau aku ikut Konsep Kaya nombor 3, roomate aku akan kejar aku sampai Sungai Buloh sbb myibuk masuk bidang ke'expert'an nya. adoi...

GUE : RM 5025 bila nak masuk ni....

Selasa, 28 Oktober 2008

soalan pe ni

baru aku sedar yang dah berkurun lamenye aku tak tulis dlm blog miskin ni.

knape aku ckp blog miskin? sbb hanye aku sorang je yang suke bace blog ni. (mmg la,aku tuan punya!) apara...

esk aku exam TITAS (tamadun Islam & tamadun Melayu) huruf S tu aku tak tau stand for what. semua org cakap TITAS, then aku juz ikut cakap T.I.T.A.S.

berbalik pd topik. aku harap2 esk keluar soalan yg aku dah agak dari awal. Iaitu prinsip2 Islam Hadhari. Mungkin sangkaan aku meleset pd esok hari, tapi aku masih percaye yg soalan tu yg akan keluar esk. Kalau bukan, aku kne kejar ngan roomates sbb bagi panduan yg slh pd diorg. Mmg kne kejar sampai GOMBAK. (ape kena mngena gombak ngan soalan esk? - entah)

layan X-FRESH jap...

GUE : sehati berdansa or ritma berdansa? :(