Jumaat, 31 Oktober 2008

permasalahanYANGkompleksBUATKU

masalah = rumit

masalah + rumit = kompleks

masalah + rumit + kompleks = headache!

Ni memang masalah yang amat teruk buat diriku. Mungkin remaja kini memang sering dibelenggu dengan masalah yang sukar untuk ditafsirkan by words. Maybe~~

Dan mungkin permasalahan ini perlu dirungkai satu per satu agar ia tidaklah menjadi terlalu rumit. Tapi ia masih menjadi SATU PERMASALAHAN buat remaja2 kini.

Dunia ni memang palat, tapi esok masih ada…” petikan kata2 Liyana Jasmay dalam Kami the Movie.

*

*

*

*

“PALAT?? Dunia ni memang palat?? Betul ke?” aku bermonolog sendirian.

palat = teruk = jahanam = kejam = palat

Masih confuse? Aku pun begitu. Tadi aku baru tengok movie “Virgin Suicide” lakonan Kirsten Dunst & Josh Harnett. Pasal 5 girls (adik-beradik) yang punya permasalahan dalam hidup. Mereka menganggap dunia ni palat mungkin. Mungkin~~

Dan yang paling menjengkelkan, mereka semua telah mengambil jalan mudah iaitu ‘suicide’ @ ‘bunuh diri’ kerana tidak dapat mencari jawapan untuk persoalan yang ditimbulkan oleh mereka sendiri!

1st girl yang bunuh diri, Cecelia masih berusia 13 tahun. First attempt dia nak bunuh diri was failed. Dialog Cecilia ketika berjumpa dengan psychology adalah :

“Obviously Doctor, you’ve never been a 13-year-old girl”

Ermm..mungkin doctor lelaki tu memang tak pernah jadi budak perempuan yang berumur 13 tahun, tapi aku pernah. Ketika itu aku masih Form 1 yang baru setahun datang *bunga merah*.

Aku masih kecil. Aku masih mentah. Aku masih hingusan. Aku baru pertama kali belajar Sejarah yang memaksa aku untuk menghafal setiap tarikh, setiap tempat, setiap tokoh….erkk! Buat adik2 Form 1, sayangilah subjek Sejarah.

Berbalik kepada topik permasalahan sebentar tadi. Sebenarnya, setiap yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, apa yang menyebabkan fikiran remaja2 ini berkecamuk? Adakah :

1. Wang / Duit

2. Teman lelaki

3. Parents

4. Rakan-rakan sebaya

5. Sekolah

6. Manusia sekeliling

7. ?

8. ?

9. ?

Aku masih berteka-teki dengan persoalan. Mungkin disebabkan hal ini, banyak masalah yang perlu difikirkan oleh pihak bertanggung jawab seperti pihak kerajaan, parents, guru, masyarakat dll.

Cara-cara yang aku syorkan untuk banteras gejala permasalahan ini :

KASIH SAYANG = CINTA = HORMAT = BERILMU = PRIHATIN = RASIONAL

Pada fikiran aku, semuanya perlu bermula dari diri sendiri. Contohnya, kalau kita hendak makan, maka kita perlu berjalan ke dapur untuk mencari makanan / masak makanan itu sendiri. Lagi, kalau kita hendak menuntut ilmu atau jadi orang berilmu, jadi kita perlu tanamkan minat atau cinta pada ilmu pengetahuan itu sendiri. Kalau kita hendak harapkan pada orang lain, maka kita tidak akan ke mana.

Salah satu prinsip dalam Islam Hadhari iaitu, prinsip ke-6 : ‘Menjalani Kehidupan Berkualiti’. Hidup seseorang itu akan lebih berkualiti sekiranya dia lebih menghargai setiap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Oleh itu, jadilah muslim atau muslimat yang sentiasa mengamalkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. InsyaAllah~~

Jadi…

*

*

*

*

HIDUP NI BUKAN PALAT, kan?


GUE : lapar. maggi. susu. law.

Tiada ulasan: