Isnin, 17 November 2008
bila aku sudah penat memikirkan cara untuk mengangkat kotak2 yang berat
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
rasanya itu bukan sebentar tetapi bebentar-bentar. sebenarnya aku amat2 happy kerana perjuangan aku di medan otak geligar sudah pun berakhir sebentar tadi jam 12pm tepat!
DONG!!
'sila letak pen atau pensel anda. berhenti menjawab'
memang aku sedah letakkan barang2 itu di tempat yang sepatutnya (pencil case) sebelum arahan diberi. dalam otak aku ketika itu jam 11.30am:
'alamak! ada lagi barang yang aku tak packing. sempat ke ni...kotak pun tak angkat lagi. adoii...'
memang sewel agaknya tim hayabutsa ini. entah apa yang aku fikirkan tika itu.
'diorang kata duit jpa dah masuk. balik ni kena terus pegi check! kot2 ada kot.'
jangan salahkan aku tentang apa yang terlintas di fikiran aku ketika itu. memang sudah lumrah kehidupan budak-budak U. aku juga sudah membuat bekalan masa cuti. iaitu memasukkan story2 jepun + hollywood + hantu + indon ke dalam laptop aku. sehinggakan battery laptop itu sudah pun kiok!! aku tidak tahu mengapa.
GUE : tidur lebih memenatkan. ZzZzZzZzZzZzzzzz~~~
Jumaat, 7 November 2008
SATU. DUA. TIGA.
aku sedang menanti detik-detik bermakna dalam hidupku pada hujung tahun ini. aku masih dalam perjuangan yang belum selesai.
SUDAH - CTU 551 (29/10/08)
SUDAH - MGT 380 (4/11/08)
SUDAH - LAW 385 (7/11/08)
BELUM - MAT 126 (11/11/08)
BELUM - AIS 130 (14/11/08)
BELUM - ECO 410 (17/11/08)
teruskan perjuangan yang belum selesai. lagi separuh paper yang perlu aku jalani.
puhh~~
GUE : agak-agaknya, dapat tak aku pergi HAJI tahun depan??
tadi cikgu maimun telefon aku - 'tahun depan nak pegi haji tak?'
Ketika matahari melabuhkan pandangannya
Ketika burung kembali ke sarangnya
Ketika senja membuka tirainya
Aku mendengar laungan azan yang sayup-sayup berbunyi
mengajak umat Muhammad
agar bersama-sama menghadap menyembah Yang Maha Esa
Allah Hayyul Qayyum.
Ulang 3x
‘Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.’
Aminn~
GUE : aku ingin berdakwah melalui diriku sendiri.
Rabu, 5 November 2008
ketika aku sedang menghafal fakta-fakta dalam LAW, aku telah...
10.46 pagi
Aku terasa sangat2 merindui kaum keluargaku. Ayah, Mie, Abanglong, Abangah, Meh.
Hatiku sebak. Airmata ku tahan agar jangan dialirkan.
'aku rindu sangat dengan diorang...'
entahlah kenapa..aku sendiri tidak mengetahuinya.
aku bukannya student yang selalu homesick. dan yang paling menyeramkan, aku tak pernah homesick sejak aku tinggal di hostel. hendak saja aku ke klinik bertanyakan kondusi diriku yang tak pernah homesick ini kepada doktor2 pakar. kemungkinan mereka juga tidak punya ubat untuk penyakit ini.
tapi hari ini, aku sudah mengerti kenapa budak2 yang lain menangis di tepi tangga ketika menelefon ibu bapa mereka. mereka yang menangis tidak henti-henti. mereka yang merah matanya setelah habis semua air mata dialirkan. mereka yang termenung mengingatkan adik-adik di rumah.
aku baru faham sekarang.
jangan risau anda semua yang menangis di tepi tangga, aku tidak akan ketawakan kamu semua. jangan risau.
semalam cikgu maimun menelefonku mengatakan aku telah menerima kad raya. dan kad raya itu telah cikgu maimun baca.
'adoiii...gila ke? dah habis raya baru nak hantar kad raya. baik hantar kad haji ke...'
GUE : malam tadi aku bermimpi tentang DIA - tapi aku tak suka
Ahad, 2 November 2008
Bila pagi menjelma, aku masih keletihan dan mencuba untuk bernafas tenang
Ketika udara pagi Ahad meniupkan anginnya dan ketika kicauan angin berbunyi merdu…
*teet*teet*teet*
Hand phone sony ku bergetar ingin diperhatikan. Lantas aku mencapainya.
‘1 message received’
Hatiku berbisik, ‘pagi-pagi buta dah bagi message. Siapa la ni yang kacau aku tidur.’
Message tersebut aku buka, dan tertera nombor pengirim yang aku tidak langsung kenali.
‘just I got my diary. Thank u so much 4 ur help. –Dr.Javad’
Dalam hatiku, oh the missing diary rupanya. Ehmm..no problem sir!
Aku tarik semula selimut untuk menyambung mimpi yang indah.
GUE : pagi-pagi buta yang dimaksudkan adalah jam 10 pagi.
Sabtu, 1 November 2008
???
missing DIARY
aku, dia dan marah
AKU = penulis
DIA = anak cikgu Mior yang ke-3 @ gadis musikal
MARAH = aku + dia
kami sama2 marah tapi berlainan kisah. begini keadaan marah kami...
AKU = kerana wireless yang **** (perkataan suci)
DIA = disebabkan perempuan yang bernama AKU
MARAH = tiada kena mengena dalam hal ini. sian...
Jadi,
*
*
*
*
DIA + MARAH = AKU yang tidak bersalah.
mengapa aku yang dipersalahkan?? (masih pura2 tidak mengetahui)
GUE : "oo..ko mengate aku dalam *belog ye.." itu yang diperkatakan DIA.
*memang DIA sengaja mengeja begitu. mungkin selepas ini aku tidak patut menggelarnya gadis musikal, tetapi 'gadis sastera'. mungkin nanti~~
aku FED-UP!
aku sedang dalam keadaan marah @ FED-UP sekarang ni!
sekali lagi...
FED-UP! bukan feedback ok.
Sebab?
wireless di tempat aku bukan macam wireless yang ada di CC yang sentiasa on tanpa putus yang mengkehendaki aku membayar RM1.50 = sejam.
Kerana?
aku tidak tahan untuk meng'connect'kan semula wireless yang sememangnya asyik terputus saja. Oleh sebab itulah, aku perlu menenangkan diri aku buat sementara waktu.
(sedang menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan)
.T.E.N.A.N.G. kembali
Mengapa?
1. aku tidak mampu untuk membeli modem Internet @ Celcom Broadband yang tersangat mahal harganya (ini hanya pendapat aku). kerana duit JPA aku masih berada dalam peti wang simpanan kerajaan Malaysia yang ku cintai.
2. mungkin penuntut di UiTM ini terlalu ramai sehinggakan wireless @ internet yang dibekalkan amatlah ciput.
3. mungkin setelah mendapat wang PTPTN (yang sememangnya diperolehi lebih awal dari wang JPA) membolehkan penuntut2 ini membeli laptop cap ACER. buat pengetahuan anda, laptop cap ACER ini akan menarik wireless dengan sangat kuat sehinggakan laptop aku yang berjenama COMPAQ tidak mampu melawannya. masyaALLAH~~ kuat betul dugaan buatku!
Oleh sebab demikian...
aku perlu menarik nafas dan menghembusnya semula dengan rasa GERAM!!
(perasaan yang teramat geram menguasai diriku)
astagfirullah. subhanallah. alhamdullilah.
GUE : telah dapat internet semula.