Selasa, 28 April 2009

INI BETUL2 PUNYA. AKU TAK SUKA PERASAAN NI!

Apa anda akan buat kalau anda ada perasaan yang ‘tak sedap’ hati? Kelirunya aku sekarang ni. Perasaan ni aku benci sama sekali sebab perasaan ni buat aku berteka-teki dengan hati dan perasaan. Berlegar2 persoalan dalam minda aku sekarang. Tapi yg pasti perasaan ni tak ada kena-mengena ngan lelaki ya! This is about my family. I don’t know what it is. Aku takut. Aku takut kalau aku cakap, benda ni jadi reality pulak. Tapi dah lama aku rasa tak sedap hati.

Mula-mula berita kapal terbang terh****s.

Then, semalam aku mimpi acc****t. Ngeri sgt. Kurang kawalan.

Tadi, bau daun p***** yang digunakan untuk…ahh!!

Jgn fikir. Jgn fikir. It wills getting worst if I keep thinking bout it. Nope! It will not gonna happen. I’ll make sure that. Tapi siapa aku? Persoalan lagi. Aku just manusia biasa yang tak mampu ubah qada’ dan qadar kalau itu yang telah ditetapkanNya. Aku tak mampu ubah. Itu hakikatnya!

3rd May 2009. Family aku (ayah,mie,abangah,mas) akan pergi melancong ke Turkey. Mintak2 la semuanya selamat. Mereka selamat pergi ke Turkey dan selamat pulang ke Malaysia. InsyaAllah.

Lupakan semua persoalan. Tenangkan jiwa. Kembalilah bernafas lega. Aminn~



GUE : Bila aku habis exam, diorang still kat sana tgh ambik gambar berlatar belakangkan Masjid Biru.. Wah!

Isnin, 27 April 2009

sebelum tengah malam

Ayat2 ni dah lama aku tulis. Sejak dari form5 lagi. Baru sekarang nak post. Aissehh...

"Perjuangan adalah soal keberanian
Tanpa keberanian itu, sang demonstran tidak mampu
membangkitkan kebenaran dalam setiap sendi2nya
Kegoyahan iman pasti mampu menakluki jiwa gersang
Tatkala kalian semua hampir ke garisan hujung,
aku masih di tengah2 kehidupan
karena aku belum punya kekuatan yang dimiliki kalian
Soal kemestian dalam perjuangan adalah soal kemestian
dalam kehidupan
Aku masih perlu mencari kemestian2 itu
untuk aku mengisi ruang2 ini…"



GUE : ...??...

catatan tim hayabutsa hari ini

27th April 2009 (Monday)

Hari ini aku dah decide something yang sememangnya akan merubah bukan diri aku, tapi kandungan dan pengisian blog aku ni. Aku betul2 nak menulis bukan hanya untuk diri aku, tapi untuk MEREKA yang sedang membaca blog ni tapi at the same time, I will wrote in my own style. Still akan ada term2 yang sememangnya hanya aku yang faham. Contohnya seperti GUE (a.k.a. aku), MEREKA (a.k.a. mereka yang berada di sekeliling aku) dan ARJUNA, RAMA, etc. Ini bukan apa, aku memang gila kadang2, bukan selalu.

Ada 1 perkara yang aku bengang sikit. Kadang2 kalau aku rasa ingin menge’post’ new post dlm blog, mesti tak ada wireless. Ehmm..tak apa2. That’s not a big deal pun. Aku akan just tulis dulu dlm word, then post it if there is network.

Sunyi jap.

Tengah berfikir.

Memory aku memang agak low sikit. Tak boleh nak ingat sangat apa yang telah berlaku di siang hari walaupun perkara tu baru berlaku beberapa jam saja. Apa nak buat, aku redha. Tapi aku try.

Aku sedang HAPPY… (word for today). Yes. Happy.

Jam 9.00am – 12.00pm aku ada exam. FAR265. Aku dah buat cukuppp bagus (itu apa yg aku rasa). Tapi actually, byk yang tak *imbang.

*note : imbang di sini bermaksud tepat. Dalam term account, imbang akan berlaku dlm Balance Sheet iaitu assets = liabilities + owner’s equity. Jika imbang, maka jwpn anda adalah betul.

Tapi…ah.. tak kesah lah. Janji lepas 1 paper.

Selepas aku amik paper test 2 Math dari Moksu (kawan aku), aku terus naik BG (bilik gerakan SMF) walaupun budak lain laju2 nak balik hostel. Aku perasan ada mata yang memerhati bila aku melintasi dia. Dan aku juga teringat yang aku penah tegur dia 4hari lepas dalam bas.

*

*

“****S” aku tegur.

Dia toleh. Perasan yg aku memanggilnya.

“Kenapa dengan kaki?” perasaan curious aku menghantui. Sebab aku tgk kaki dia berbalut2 & tangan calar2. Tapi, muka tak de pape pun.

“Jatuh motor…”

“Ya ALLAH.. Habis tu boleh jawab tak tadi?” Kejadian ni berlaku selepas aku amik exam MKT420 (hari jumaat)

“Boleh la sikit2. Kau?”. Dia jawab dan tanya.

“Boleh la..”. Aku jawab balik.

“Ehm..ko nak balik rumah ke?” Waktu tu bas baru je lintas hostel aku menuju ke bustop.

“Balik rumah??”. Aku tanya dia pulak.

Dia angguk.

“Aku tinggal kat sini je” (sambil menunjukkan bangunan hostel aku). hahaha…klakar.

“Oh..”

Bas dah berhenti untuk turunkan aku & budak2 hostel.

“Em..k lah.” Aku angkat tangan pada dia. Dia senyum je.

*

*

Dan disebabkan peristiwa hari tu, aku rasakan dia tengah tengok aku. (Bodohnya perasaan ni!). Aku teruskan perjalanan menaiki tangga. Then aku nampak Timbalan Dekan – Dr.Nizal. Aku bagi salam, tapi dia tak jawab. Tak dengar agaknya. Pastu, aku Nampak Dekan plak, turun tangga jugak. Aihh..nak pegi mana diorang ni?? Lantaklah.

Perjalanan aku melintasi 3 bank. Semuanya penuh students nak ambil duit. Mungkin dah kering macam aku. Nak makan pun kena budget2. Biasa la tu, bila duit penuh kat tangan tak ingat dunia, semua nak dibeli. Bukannya 1, tapi 3 or 4. Memang tamak manusia ni. Aku pun sama je.

Sampai kat BG SMF, tgk ada 4 orang kat dalam (Kak Zira, Aiman, Syafiqul & awek Syafiqul). Aku tak rapat pun dgn diorg, just knl2 gitu. Tak tau nak sembang apa pun. Lagipun diorang bukannya Degree Account cam aku, even diorang account, but different aliran (aku tak tahu term dalam BI). Actually, memang payah sikit students Bachelor nak get along with students AFTAS or APAcS ni. Sebab ‘how they think’ are really contra with ‘how we think’. So, maybe sebab itulah kot..

Bagi salam, then aku terus buat kerja aku. Amik fail Bendahari, pura2 selak walaupun tak ada apa2 pun nak ditengok. Saja. Tu memang perbuatan yg akan dilakukan oleh seseorang yg rasa tak selesa or malas nak bercakap dgn orang lain. Simple & easy!

30 minutes kemudian baru diorang balik. Tinggal aku dgn Kak Zira. Yes! Dgn Kak Zira aku memang boleh layan sikit. Hehe..

Aku berjaya tidak mengeluarkan RM1.00 untuk beli tiket bas RAPID KL hanya utk balik ke hostel. Saving2. Kak Zira hantar aku balik naik kereta kancilnya yang cute berwarna perak.

Selepas tu..

Beli makanan + air teh ais dan naik ke bilik.

Jalani kehidupan macam biasa.

Sebab aku manusia biasa. Noktah.


GUE : Hari ni aku pakai baju kemaja kotak2 kecil berwarna oren+kuning. Tudung cream dihiasi batu2 kecil sekelilingnya dan dipadankan dengan seluar jeans light grey. Sebagai pelengkap, aku bawa sekali beg Radioactive brown dan kasut bermotifkan flora. Hehe.. I’m a university student now! Woah!

Khamis, 23 April 2009

kata-kata BERKAITAN yang agak merepek dan merapu. Aku suka!

silakan wahai tiM.haYaButSa.. luahkan...

1. "siulan si Rama-Rama bikin hidup jadi jelita"

2. "tolak ke tepi segala problem. biar ruang kosong, agar kita dapat berlari tenang"

3. "penghafalan ini menjadikan aku menghargai pimikiranku"

4. "ketika aku tenung gambar mereka, aku rindu pada teman sekolah"

5. "esok bermulalah perjuangan di atas kertas!!"

6. "kata-kata pujangga (Arjuna) kian pudar dan terus hilang"

7. "perutku menggesekkan irama kelaparan"

8. "jiwa bermusikkan rock juga punya hati untuk Illahi"

9. "semalam hari lama, hari ini hari baru"

10. "sayang aku, sayang saya, sayang 1000x sayang"


GUE : kolam penuh ikan

Ahad, 12 April 2009

bila aku dah mula sukakan OIAM 3...inilah jadinya

aku tau..

aku tau..



memang ini salah aku. aku tak patut bergembira di waktu aku akan mghadapi exam final sem. aku tau. aku rasa bersalah sgt2.



tapi..



aku nak tengok jugak!! apa nak jadi, jadilah!! (agak melampau..)



dan aku rasakan peserta yang plg layak menang rm1 juta tu adalah...(jeng3)



(bukan jeng kawan aku. dia xkan menang. hahaha)



adalah....








ke...


perubahan ketara bukan?? wah...agak bagus di sini.

WARKAH BUAT TOMOK

andai kata,kita tidak berjumpa..aku akan sentiasa..yakssss!! ape ni!

okie2..ni yang betulnye.

tomok,

1) buat betul2.

2) jangan lupa berdoa

3) jangan tinggal solat

4) ingat ALLAH bila dah menang nanti

5) buat album yang mematangkan diri anda

6) dah tak de idea

okiee!!!

GUE : aku start exam 19hb april

Jumaat, 3 April 2009

YANG BERADA DI HADAPAN AKU SEKARANG ADALAH...

itu persoalan utk anda.

a
aa
aaA
aaAR
aaARRGGHH!!

Jgn terkejut.Aku bknnya trcucuk lidi sate@tersepak kaki katil@jatuh dr tangga.Tx sbb risaukan aku.Jasamu dihargai.Em..ckp psl tangga,last frday hp aku bru trjatuh dari aras 3 - mrangkap tingkat 4.

BOLEH ANDA BAYANGKAN PERASAANKU TIKA ITU???
hrp2 jwpannya ya.Tp hp aku lgsung x calar wlaupn bersepai hp aku ktika tu.'mind blowing',bak kata mr.hitrik roshan.

Lupekan kisah tu.teruskan dgn tajuk.di hdpn mata aku skrg ada mcm2 chocolate + wrappers + color papers + etc. Ni bkn hobi aku,tp ke'willingness'an aku utk mmbntu fakulti bg mg'havoc'kn the nxt prgrm.

program:LECTURER'S DAY
date:8th APRIL 09
venue:FACULTY of ACCOUNTANCY

gue : plz do come to make tiz prgm success,yeah!