Selasa, 17 Ogos 2010

whats in my mind?


oke. thats chelsea. miss that moment. yup!

Isnin, 16 Ogos 2010

ramadhan 1431H

1stly, i wanna wish u'll salam ramadhan 1431H.

so, sekarang ni dah masuk bulan ramadhan untuk sambutan yang ke20 tahun utk saya. meaning, dah masuk tahun ke20 saya menyambut bulan ramadhan. puasa month for this year, im hoping that i can fasting penuh for the whole ramadhan. i wish and i can. so as tarawih. never mind lah kalau saya hanya buat solat 8 rakaat or 20 rakaat. asalkan niat nak pergi tarawih tu dah ada. kan? mmg nak solat penuh this ramadhan. mana tau kan, kot2 next ramadhan dah tak sempat nak kecapi nikmat ramadhan. so kena kejar nikmat tu each year. sebab Allah akan berikan rahmatNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. dan moga2 saya adalah hamba yg menjadi pilihanNya. ameen.

so, memandangkan saya dah menetap kat luar dan bukan lg di kolej melati, kenalah belajar sedikit berdikari. masak, basuh kain (opss..baru teringat kain kat washing machine. alamak!), kemas bilik. i should be independent. yes. i would.

so, lepas ni ada class. i should prepare myself now. thats all for now. maybe next post i'll talk much about anything depends on my mood. oke. see u then.


GUE : 3 paragraph in row starting with word 'SO'. haha. unpredictable.

Jumaat, 13 Ogos 2010

one year after

haha. one year past. im missing for a while. but act, im missing for a year. lama sangat ok! need time to think. (konon nye lah). bila baca balik posts in blog yang previous2 dulu, rasa mcm nak ketawa terbahak2 sampai menangis. tapi deep in my heart, tersangatlah bangga sebab dulu aku sangat rajin update blog. maybe dulu banyak sangat free time. mcm time sekolah dulu, cikgu selalu cakap, apa hobi anda di waktu lapang (free time)?

kawan 1 : menyanyi.

kawan 2 : main roundest.

kawan 3 : tolong mak basuh pinggan. (:P)

kawan 4 : jalan2 naik basikal pusing kampung.

saya : ...mengaji kot... (anak berhati mulia ni)

but now, one year after, im not really2 free to merepek right now. ive a lot of assignments to finish. just imagine, last sem which is semester 4 in uitm, we had to submit our assignment 1 day before final exam. confused. mana nak study, mana nak buat assignment. so, i rather choose watch movie than that both activities. haih. (still pass that subject oke. dont play2)

erm.

erm.

one year after again.

im still at uitm, struggled to finish up my degree. i got new akak ipar. shes pretty. i like. love her so much. yeye dah dapat ahli keluarga baru. im not interested in liverpool anymore, but very interested in chelsea pulak. no red. blue is the colour. now im taking french language as my 3rd language subject. right after this, ive to mengadap monsieur azhar to test my french reading test. gosh! nerveslah!

ehem3. lets talk a bit in french. one. two. three.

bonjour. moi, je m'appelle fatimah munirah. j'habite batu gajah. merci. au revoir.

malas nak cakap banyak2. nanti orang kata... "wah! terer nye die cakap french-es." tu pasal la. dah. korang jangan suruh saya cakap dah. ye?

sekarang kan bulan Ramadhan. kena cakap perkara baik2 je. tinggalkan perbuatan mengumpat, tinggalkan tidur petang dari pukul 2 sampai 5. banyakkan baca al-Quran. banyakkan bersedekah, bukan banyakkan lemak dalam perut. :)

tahun lepas saya memang dah pergi haji. sekarang title dah ada Hajah. kena buat perkara2 yang berfaedah, bermanfaat dan baik2 aje.


GUE : after this, habis je post, nak tulis 'Assalamualaikum' lah.

Ahad, 20 September 2009

raya 1403H

syawal datang lagi tahun ni selepas ramadhan. 1430H.

0730 - makan pagi dengan famili. resepinya simple macam tahun2 sebelum ni. rendang ayam, daging masak kicap, ketupat nasi, ketupat palas, lemang sebatang. biasa kan? dah cakap tadi..makan sambil sembang2. memang best. semua cerita benda bukan2. yang tak penting pun kitorang cakap. berkumpul ramai2.

0800 - siap untuk pegi masjid. solat sunat aidilfitri. setahun sekali, so kena grab this chance dude! tapi yang pasti aku mandi paling lama. biasa la kan.. akibatnya, aku telah dimarahi abang2 ku yang nak mandi jugak. dengar jela. :)

0825 - sampai masjid. cari2 tempat solat. aku nampak seat kosong saf depan. pe lagi..terus meluru laju la. seat tu 1 je kosong. aku dengan tulus ikhlasnya bagi seat tu pada yang lebih memerlukan, my UMMI. so, aku duduk saf nombor 2. ok lah tu. tapi aku dapat gak solat saf depan akhirnya. sebelah makcik yang melatah yang buat aku terkejut sebenarnya. seriously~ ziarah kubur2 nenek moyang.

1100 - sampai rumah. siap utk ambil potret family. haha..UMMI siap nak pakai bedak2 lagi..so kena la kitorang make-up kan. :) tak apa, my UMMI kan. no problemas! this is some pics for u all.

make-up session!

family potrait

my AYAH with MIE! (lentok baik punye)

auww... SWEET!!

1215 - ramai bebudak yang dayang beraya. semuanya datang muke dah berpeluh2 sebab dah round 1 kampung. kulit muka jangan cakap la. semua dah gelap2. sian2. dulu aku pun macam tu. round 1 kampung semata2 nak kumpul rm1. aih~penat! pic bawah ni dila, anak jiran aku.

"baru 4 tahun, tapi dah macam 14 tahun." abang aku cakap.

memang pun aku setuju. mulut becok (bukan bachok kelate oke). banyak sangat cakap. yang suka layan ayah aku. dipanggilnya atuk (tuanya) and my Mie, opah. aku dia panggil akak (nasib baik, kalo tak dah lama aku siat mulut dia) :) aku baik!

dila, si becok

0100 - my sedara sampai. aku capai periuk, potong2 bahan nak buat lontong. 1st time. student la katekan. hati dah gundah gulana ni. tak tau sedap ke tak. tapi yang bagusnya my brothers semua puji. kuikui~

my cousins yang semuanya bertema purplelishes!

0530 - famili dila datang. pakcik radhi, mek, haidar ngan dila. aku capai kuali masak char kuew teow yang pedas. (i lurve it) dipuji! **wink**

0715 - ramai2 lepak kat luar rumah tengok sunset sambil memukul2 nyamuk yang pelbagai jenis perutnya setelah hisap darah yang pelbagai jenis. banyak sangat. darah2.



GUE : 1st syawal routine.

Khamis, 17 September 2009

duduk. menaip. lenguh.

.ke-27 puasa.

aku masih di fakulti. menaip ayat-ayat terakhir assignment. tangan sejuk beku. kebas sampai tak boleh nak tulis lagi. tak apa. sikit je lagi. tahan. baru pertama kali selepas hampir 3 semester aku di sini, aku mau hantar assignment before due date. normally, aku akan hantar assignment on the due date. tepat2. memang dah biasa. lali.

disebabkan semua student dah berpusu-pusu bawak bagasi yang besar (semacam pulang untuk setahun beraya), aku masih di sini menghitung baki2 jam untuk pulang. letih. badan dah sengal2. perlukan rehat.

but main objective aku nak pulang sebab aku betul2 teringin mau tunjuk kepakaran dan kehandalan aku dalam menganyam ketupat. terima kasih!!! (seperti kata Alleycats) ye..ye.. aku dah pandai buat ketupat. dah hampir 3 kali raya aku berusaha untuk mengayam ketupat hasil pembelajaran daripada sifu-ku (ayahku). tapi ternyata gagal sama sekali untuk aku menyiapkan 1 biji ketupat. FAIL!! tapi raya kali ni, aku akan mengayam ketupat dengan hanya tutup mata. WAH!! nesta sungguh kata2 aku kali ni. (anak2 yang berumur 18tahun ke bawah, harap off page ni). aku dah berjaya ayah!!! SUCCESS!!!

entah kenapa kali pertama saja aku anyam, terus berjaya walaupun ade cacat celanya sedikit. biasalah. orang baru belajar. perlukan bimbingan. tapi aku sangat2 confuse dan pelik. aku telah mengayam ketupat yang berbentuk 'ketupat luar biasa'.

"yang ko anyam ni ketupat gasing la.." kawan aku cakap.

aku diam. tapi menyampuk balik.

"eh..yeke??"

uniknya hasil kerja tangan aku ni. gasing pun boleh dibuat ketupat tanpa perlu membalingnya terlebih dahulu. ternyata aku memang hebat! syabas!!





oke. aku perlu balik sekarang. orang di sana menunggu aku walaupun hanya farah namanya.



GUE : selamat mengayam ketupat. tak tahu buat, call saja aku 013-311XXXX

Isnin, 14 September 2009

AIR. AKU PERLUKAN KAMU!

Hari Jumaat lalu, ade pengumuman kat Kolej Melati.

“Perhatian kepada semua warga Kolej Melati. Pembaikan kerja-kerja paip akan dilakukan pada hari esok iaitu Sabtu dari pukul 8.30pagi sehingga selesai. Oleh itu, anda diminta untuk menyimpan air untuk keperluan harian. Harap maklum.”

aiseh..leceh betul. tak de air pulak. nak basuh kain tapi tak de air. Oleh itu, untuk menyambut sambutan ketiadaan air di kolej Melati, student2 akan berpusu2 untuk basuh baju guna washing machine. Kawan aku dia cakap semua washing machine penuh sangat2. Barisan panjang tak ingat. Al-maklumlah, semua nak bersih di pagi Isnin, mungkin. So, terpaksa jugalah dia letakkan baldinya di sepanjang barisan tu. Nak bersih di pagi Isnin ok!

Dan aku tengok banyak baldi2 yang sudah diisi penuh dengan air. Untuk jamin kebersihan, mereka letak plastic atas baldi. Tapi ade yang letak surat khabar. (ikut kreativiti masing2). Banyak baldi. Bersusun di bilik air. Mungkin selepas ni pihak pengurusan kolej Melati terpaksa berhadapan dengan bil air yang cukup tinggi. Melambung.

Aku?? Masih rilex. Macam taka de ape2 pun. Rilex lagi. Dah la tak tadah air dalam baldi.

‘Ala..mesti ade air punye. Takkan la 1 melati taka de air kan..ade punye.’ aku mengomel sendirian.

Esoknya, sabtu subuh, aku bangun masih ade air sebab belum pukul 8.30pagi la. Aku tidur balik. Bangun pukul 10.30pagi. Aku pergi toilet mau mandi. Ternyata pendapat aku tepat! Air ade. So, aku mandi puas2. Malas la nak basuh baju. Esok jela basuh baju. Lagipun air ade, bukannye tak de kan. Aku mandi dengan sangat2 selesa. Hahaha.. Aku teruskan kerja seharian.

Hari Ahad kunjung tiba. Hari minggu yang indah. Banyak benda yang aku nak buat. Kemas bilik, sapu sampah, basuh kain, mandi etc. Subuh aku bangun untuk solat dan macam biasa, tidur balik. Bangun masih di waktu sama 10.30pagi. Best. Memang aku ikut plan asal. Kemas bilik dan sapu sampah beres. Sebab aku anak dara yang baik. Puikk!! Hahah… Aku bersiap-siap mau pergi toilet untuk basuh baju. Lepas tu mandi. Baldi di tangan kiri. Penuh. Toiletries di tangan kanan. Berjalan penuh semangat. Aku buka paip. Pusing. Pusing. Pusing. Pusing lagi. Pusing lagi. MasyaAllah!!!

‘Ahhhh!! Tak ade air???” aku terkejut beruk.

Patutlah tak ade sorang manusia pun kat toilet. Hanya baldi2 merah biru yang penuh berisi air. Aiseh…leceh betul. Alamak aku tak mandi lagi ni. Badan dah busuk2 ni. Muka berminyak2. Aku pandang kiri kanan untuk pastikan tiada orang di bilik air. Aku mau buat jahat. Aku ambil sikit air dalam baldi yang terhidang di toilet untuk cuci muka. Cepat2. Laju2. Nanti orang perasan. Ahhh….leganya!! Nasib baik tak ade orang lain masuk toilet waktu tu. So, aku terpaksa balik ke bilik bawak baldi yang penuh dengan baju yang tak berbasuh. Kecewa. Mandi pun belum. Harap lalat tak kerumuni aku selepas ni.


GUE: Sakit kepala tunggu air yang tak kunjung tiba. Sehingga ke saat entry ni di'post' masih tiada air di Melati. jangan risau, aku udah mandi!

Jumaat, 11 September 2009

overslept behavior

pukul 0145 aku tak tidur lagi. melayan movie dalam laptop. berulang kali, tapi masih mahu tonton. biarlah. tengok sambil gelak-gelak puas. hilang segala stress dan depression. langsung tak ingat bulan Ramadhan, tapi happy tak ingat. patutnya berzikir, berwirid dan tahajud. tapi aku sebaliknya. ;P

rumate aku tak tidur, aku pun tak tidur. sama2 perangai suka tengok movie tah hape2. suka biarlah. janji kami happy. habis movie, aku capai novel Maryamah Karpov. memang tabiat aku, sebelum tidur baca 20pages then baru sleep. baru la best. rutin harian. kunci jam pukul 0500 nak bangun sahur. dalam otak nak masak air panas, bancuh milo, cecah biskut HUP SENG. baca doa tidur, tidur. ZzZzZ..

Sahur. memang terlepas la jawabnya. jangan harap nak bangun. sedar2 tengok tingkap. cerah.

"subuh??"

capai hp. terang-terang pukul 0810 pagi.

"ahhh???"

"udah telat!! (indonesian word)

buka write new message. "wawa, aku baru bangun tidur ni. ko pegi la dulu"

reply. "k..huhu"

aku dah lambat. aku dah lambat. selalu dah ready pegi class pukul 0800pagi, ni baru nak bangun. adoiyai..faster2. dah la aku siap memang lambat. lagi buat lambat keadaan kat toilet. cepat!! bas pulak buat hal. driver nak tunggu penumpang. ah...benci betul. lama. aku sabar lagi. jalan pun akhirnya. aku lega sikit. tapi jam dah pukul 0845 pagi. aihh....

aku masuk kelas. muka peluh2 tapi nasib baik sempat calit bedak + blusher. nampak cute sikit. ;P. bukak pintu class. aku sorang. tabah2. ambik seat paling hujung. dekat. tapi semua tengok. lantak la.

"kenapa lambat? selalu tak pernah lambat. ni mesti berzikir malam tadi. hihihi.. sekarang ni kan 10malam terakhir Ramadhan. kena banyak buat ibadat." lecturer aku cakap, sambil muka aku merah2 disebabkan blusher tadi.


GUE : tengok movie bukan ibadat jugak eh??