Jumaat, 11 September 2009

overslept behavior

pukul 0145 aku tak tidur lagi. melayan movie dalam laptop. berulang kali, tapi masih mahu tonton. biarlah. tengok sambil gelak-gelak puas. hilang segala stress dan depression. langsung tak ingat bulan Ramadhan, tapi happy tak ingat. patutnya berzikir, berwirid dan tahajud. tapi aku sebaliknya. ;P

rumate aku tak tidur, aku pun tak tidur. sama2 perangai suka tengok movie tah hape2. suka biarlah. janji kami happy. habis movie, aku capai novel Maryamah Karpov. memang tabiat aku, sebelum tidur baca 20pages then baru sleep. baru la best. rutin harian. kunci jam pukul 0500 nak bangun sahur. dalam otak nak masak air panas, bancuh milo, cecah biskut HUP SENG. baca doa tidur, tidur. ZzZzZ..

Sahur. memang terlepas la jawabnya. jangan harap nak bangun. sedar2 tengok tingkap. cerah.

"subuh??"

capai hp. terang-terang pukul 0810 pagi.

"ahhh???"

"udah telat!! (indonesian word)

buka write new message. "wawa, aku baru bangun tidur ni. ko pegi la dulu"

reply. "k..huhu"

aku dah lambat. aku dah lambat. selalu dah ready pegi class pukul 0800pagi, ni baru nak bangun. adoiyai..faster2. dah la aku siap memang lambat. lagi buat lambat keadaan kat toilet. cepat!! bas pulak buat hal. driver nak tunggu penumpang. ah...benci betul. lama. aku sabar lagi. jalan pun akhirnya. aku lega sikit. tapi jam dah pukul 0845 pagi. aihh....

aku masuk kelas. muka peluh2 tapi nasib baik sempat calit bedak + blusher. nampak cute sikit. ;P. bukak pintu class. aku sorang. tabah2. ambik seat paling hujung. dekat. tapi semua tengok. lantak la.

"kenapa lambat? selalu tak pernah lambat. ni mesti berzikir malam tadi. hihihi.. sekarang ni kan 10malam terakhir Ramadhan. kena banyak buat ibadat." lecturer aku cakap, sambil muka aku merah2 disebabkan blusher tadi.


GUE : tengok movie bukan ibadat jugak eh??

Tiada ulasan: