Isnin, 14 September 2009

AIR. AKU PERLUKAN KAMU!

Hari Jumaat lalu, ade pengumuman kat Kolej Melati.

“Perhatian kepada semua warga Kolej Melati. Pembaikan kerja-kerja paip akan dilakukan pada hari esok iaitu Sabtu dari pukul 8.30pagi sehingga selesai. Oleh itu, anda diminta untuk menyimpan air untuk keperluan harian. Harap maklum.”

aiseh..leceh betul. tak de air pulak. nak basuh kain tapi tak de air. Oleh itu, untuk menyambut sambutan ketiadaan air di kolej Melati, student2 akan berpusu2 untuk basuh baju guna washing machine. Kawan aku dia cakap semua washing machine penuh sangat2. Barisan panjang tak ingat. Al-maklumlah, semua nak bersih di pagi Isnin, mungkin. So, terpaksa jugalah dia letakkan baldinya di sepanjang barisan tu. Nak bersih di pagi Isnin ok!

Dan aku tengok banyak baldi2 yang sudah diisi penuh dengan air. Untuk jamin kebersihan, mereka letak plastic atas baldi. Tapi ade yang letak surat khabar. (ikut kreativiti masing2). Banyak baldi. Bersusun di bilik air. Mungkin selepas ni pihak pengurusan kolej Melati terpaksa berhadapan dengan bil air yang cukup tinggi. Melambung.

Aku?? Masih rilex. Macam taka de ape2 pun. Rilex lagi. Dah la tak tadah air dalam baldi.

‘Ala..mesti ade air punye. Takkan la 1 melati taka de air kan..ade punye.’ aku mengomel sendirian.

Esoknya, sabtu subuh, aku bangun masih ade air sebab belum pukul 8.30pagi la. Aku tidur balik. Bangun pukul 10.30pagi. Aku pergi toilet mau mandi. Ternyata pendapat aku tepat! Air ade. So, aku mandi puas2. Malas la nak basuh baju. Esok jela basuh baju. Lagipun air ade, bukannye tak de kan. Aku mandi dengan sangat2 selesa. Hahaha.. Aku teruskan kerja seharian.

Hari Ahad kunjung tiba. Hari minggu yang indah. Banyak benda yang aku nak buat. Kemas bilik, sapu sampah, basuh kain, mandi etc. Subuh aku bangun untuk solat dan macam biasa, tidur balik. Bangun masih di waktu sama 10.30pagi. Best. Memang aku ikut plan asal. Kemas bilik dan sapu sampah beres. Sebab aku anak dara yang baik. Puikk!! Hahah… Aku bersiap-siap mau pergi toilet untuk basuh baju. Lepas tu mandi. Baldi di tangan kiri. Penuh. Toiletries di tangan kanan. Berjalan penuh semangat. Aku buka paip. Pusing. Pusing. Pusing. Pusing lagi. Pusing lagi. MasyaAllah!!!

‘Ahhhh!! Tak ade air???” aku terkejut beruk.

Patutlah tak ade sorang manusia pun kat toilet. Hanya baldi2 merah biru yang penuh berisi air. Aiseh…leceh betul. Alamak aku tak mandi lagi ni. Badan dah busuk2 ni. Muka berminyak2. Aku pandang kiri kanan untuk pastikan tiada orang di bilik air. Aku mau buat jahat. Aku ambil sikit air dalam baldi yang terhidang di toilet untuk cuci muka. Cepat2. Laju2. Nanti orang perasan. Ahhh….leganya!! Nasib baik tak ade orang lain masuk toilet waktu tu. So, aku terpaksa balik ke bilik bawak baldi yang penuh dengan baju yang tak berbasuh. Kecewa. Mandi pun belum. Harap lalat tak kerumuni aku selepas ni.


GUE: Sakit kepala tunggu air yang tak kunjung tiba. Sehingga ke saat entry ni di'post' masih tiada air di Melati. jangan risau, aku udah mandi!

Tiada ulasan: