Jumaat, 7 November 2008

tadi cikgu maimun telefon aku - 'tahun depan nak pegi haji tak?'

Ketika matahari melabuhkan pandangannya

Ketika burung kembali ke sarangnya

Ketika senja membuka tirainya

Aku mendengar laungan azan yang sayup-sayup berbunyi

mengajak umat Muhammad

agar bersama-sama menghadap menyembah Yang Maha Esa

Allah Hayyul Qayyum.

Ulang 3x

‘Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.’

Aminn~


GUE : aku ingin berdakwah melalui diriku sendiri.

Rabu, 5 November 2008

ketika aku sedang menghafal fakta-fakta dalam LAW, aku telah...

5hb NOVEMBER 2008

10.46 pagi

Aku terasa sangat2 merindui kaum keluargaku. Ayah, Mie, Abanglong, Abangah, Meh.

Hatiku sebak. Airmata ku tahan agar jangan dialirkan.

'aku rindu sangat dengan diorang...'

entahlah kenapa..aku sendiri tidak mengetahuinya.

aku bukannya student yang selalu homesick. dan yang paling menyeramkan, aku tak pernah homesick sejak aku tinggal di hostel. hendak saja aku ke klinik bertanyakan kondusi diriku yang tak pernah homesick ini kepada doktor2 pakar. kemungkinan mereka juga tidak punya ubat untuk penyakit ini.

tapi hari ini, aku sudah mengerti kenapa budak2 yang lain menangis di tepi tangga ketika menelefon ibu bapa mereka. mereka yang menangis tidak henti-henti. mereka yang merah matanya setelah habis semua air mata dialirkan. mereka yang termenung mengingatkan adik-adik di rumah.

aku baru faham sekarang.

jangan risau anda semua yang menangis di tepi tangga, aku tidak akan ketawakan kamu semua. jangan risau.

semalam cikgu maimun menelefonku mengatakan aku telah menerima kad raya. dan kad raya itu telah cikgu maimun baca.

'adoiii...gila ke? dah habis raya baru nak hantar kad raya. baik hantar kad haji ke...'


GUE : malam tadi aku bermimpi tentang DIA - tapi aku tak suka

Ahad, 2 November 2008

Bila pagi menjelma, aku masih keletihan dan mencuba untuk bernafas tenang

Ketika udara pagi Ahad meniupkan anginnya dan ketika kicauan angin berbunyi merdu…

*teet*teet*teet*

Hand phone sony ku bergetar ingin diperhatikan. Lantas aku mencapainya.

1 message received

Hatiku berbisik, ‘pagi-pagi buta dah bagi message. Siapa la ni yang kacau aku tidur.

Message tersebut aku buka, dan tertera nombor pengirim yang aku tidak langsung kenali.

‘just I got my diary. Thank u so much 4 ur help. –Dr.Javad’

Dalam hatiku, oh the missing diary rupanya. Ehmm..no problem sir!

Aku tarik semula selimut untuk menyambung mimpi yang indah.

GUE : pagi-pagi buta yang dimaksudkan adalah jam 10 pagi.

Sabtu, 1 November 2008

???



dalam fikiran aku sekarang:

"Tim, engkau dah nak exam tau tak? ape ko buat kat sini hah?"

GUE : aku berada di library bukan untuk belajar, tetapi surfing.

missing DIARY


Tadi semasa aku on da way ke PTAR (merangkap library), aku singgah untuk mengambil wang di CIMB Bank.

Walaupun aku tahu yang duit aku dalam bank tersebut tidaklah sebanyak wang Donald Trump, tetapi aku tekad untuk ke sana juga. =P

Dan aku juga sudah jangkakan bahawa wang JPA aku masih dalam peti wang simpanan kerajaan Malaysia yang ku cintai.

Semasa aku hendak mengambil wang, aku ternampak sebuah diary hitam yang diletakkan di atas peti pembuangan sampah di sebelah ATM tersebut. jadi, aku dengan perasaan ingin tahu yang tinggi (itu perasaan yang bagus buat remaja) lantas membukanya. mana tahu, mungkin itu diary Naib Caunselor UiTM ini. dapat masuk paper.

PELAJAR CONTOH UiTM = AKU!!

aku memang suka berangan-angan walaupun matahari tegak di kepala.

Diary hitam ini...

Jeng...Jeng...Jeng... (cerita ini tidaklah seseram filem hantu yang aku tonton malam tadi)

Rupa2nya, diary tersebut milik seorang lecturer foreigner yang misplaced diary nya di sana.

Aku telah menjumpainya.

Aku message beliau. Datang suruh ambil. Tetapi dia punya hal penting, jadi aku tinggalkan di library sahaja.

aku tidak mahu memuji diri kerana telah membantu orang yang berada dalam kesusahan, tetapi hanya ingin menyatakan yang aku nerves bila 'berkata-kata' dengannya.
mengapa? kerana bahasa perantara kami = ENGLISH!

----berpeluh------



GUE : aku anak Melayu + Jawa + Perak tulen.

aku, dia dan marah

based on title yang aku kemukan di atas, sebenarnya:

AKU = penulis

DIA = anak cikgu Mior yang ke-3 @ gadis musikal

MARAH = aku + dia

kami sama2 marah tapi berlainan kisah. begini keadaan marah kami...

AKU = kerana wireless yang **** (perkataan suci)

DIA = disebabkan perempuan yang bernama AKU

MARAH = tiada kena mengena dalam hal ini. sian...

Jadi,

*
*
*
*

DIA + MARAH = AKU yang tidak bersalah.

mengapa aku yang dipersalahkan?? (masih pura2 tidak mengetahui)


GUE : "oo..ko mengate aku dalam *belog ye.." itu yang diperkatakan DIA.

*memang DIA sengaja mengeja begitu. mungkin selepas ini aku tidak patut menggelarnya gadis musikal, tetapi 'gadis sastera'. mungkin nanti~~

aku FED-UP!

aku sedang dalam keadaan marah @ FED-UP sekarang ni!
sekali lagi...

FED-UP! bukan feedback ok.

Sebab?

wireless di tempat aku bukan macam wireless yang ada di CC yang sentiasa on tanpa putus yang mengkehendaki aku membayar RM1.50 = sejam.

Kerana?

aku tidak tahan untuk meng'connect'kan semula wireless yang sememangnya asyik terputus saja. Oleh sebab itulah, aku perlu menenangkan diri aku buat sementara waktu.
(sedang menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan)
.T.E.N.A.N.G. kembali

Mengapa?

1. aku tidak mampu untuk membeli modem Internet @ Celcom Broadband yang tersangat mahal harganya (ini hanya pendapat aku). kerana duit JPA aku masih berada dalam peti wang simpanan kerajaan Malaysia yang ku cintai.

2. mungkin penuntut di UiTM ini terlalu ramai sehinggakan wireless @ internet yang dibekalkan amatlah ciput.

3. mungkin setelah mendapat wang PTPTN (yang sememangnya diperolehi lebih awal dari wang JPA) membolehkan penuntut2 ini membeli laptop cap ACER. buat pengetahuan anda, laptop cap ACER ini akan menarik wireless dengan sangat kuat sehinggakan laptop aku yang berjenama COMPAQ tidak mampu melawannya. masyaALLAH~~ kuat betul dugaan buatku!

Oleh sebab demikian...

aku perlu menarik nafas dan menghembusnya semula dengan rasa GERAM!!
(perasaan yang teramat geram menguasai diriku)

astagfirullah. subhanallah. alhamdullilah.



GUE : telah dapat internet semula.