Khamis, 17 September 2009

duduk. menaip. lenguh.

.ke-27 puasa.

aku masih di fakulti. menaip ayat-ayat terakhir assignment. tangan sejuk beku. kebas sampai tak boleh nak tulis lagi. tak apa. sikit je lagi. tahan. baru pertama kali selepas hampir 3 semester aku di sini, aku mau hantar assignment before due date. normally, aku akan hantar assignment on the due date. tepat2. memang dah biasa. lali.

disebabkan semua student dah berpusu-pusu bawak bagasi yang besar (semacam pulang untuk setahun beraya), aku masih di sini menghitung baki2 jam untuk pulang. letih. badan dah sengal2. perlukan rehat.

but main objective aku nak pulang sebab aku betul2 teringin mau tunjuk kepakaran dan kehandalan aku dalam menganyam ketupat. terima kasih!!! (seperti kata Alleycats) ye..ye.. aku dah pandai buat ketupat. dah hampir 3 kali raya aku berusaha untuk mengayam ketupat hasil pembelajaran daripada sifu-ku (ayahku). tapi ternyata gagal sama sekali untuk aku menyiapkan 1 biji ketupat. FAIL!! tapi raya kali ni, aku akan mengayam ketupat dengan hanya tutup mata. WAH!! nesta sungguh kata2 aku kali ni. (anak2 yang berumur 18tahun ke bawah, harap off page ni). aku dah berjaya ayah!!! SUCCESS!!!

entah kenapa kali pertama saja aku anyam, terus berjaya walaupun ade cacat celanya sedikit. biasalah. orang baru belajar. perlukan bimbingan. tapi aku sangat2 confuse dan pelik. aku telah mengayam ketupat yang berbentuk 'ketupat luar biasa'.

"yang ko anyam ni ketupat gasing la.." kawan aku cakap.

aku diam. tapi menyampuk balik.

"eh..yeke??"

uniknya hasil kerja tangan aku ni. gasing pun boleh dibuat ketupat tanpa perlu membalingnya terlebih dahulu. ternyata aku memang hebat! syabas!!





oke. aku perlu balik sekarang. orang di sana menunggu aku walaupun hanya farah namanya.



GUE : selamat mengayam ketupat. tak tahu buat, call saja aku 013-311XXXX

4 ulasan:

Unknown berkata...

saya kagum dengan usaha yang saudari lakukan nie.sesuatu benda baru yang belum pernah anda lakukan tetapi anda tetap mencubanya walaupun ada cacat celanya,,,,syabas,,,,

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Tq
Zali

Acap MPP berkata...

Hah, anyam ketupat pas tu bleh bukak kelas anyam ketupat pastu kenakan fee kan ke dah bisnes tu...haha

Unknown berkata...

berkat usaha menganyam ketumpat utk bkk puasa saf ye tim.

fatimah munirah mior habidin berkata...

mohamadrazaliaman, tx. slamat raya juge..

acap, mmg otak acap otak bisnes. tapi tak penah jadi kot..hehhe

ama,hahha..that's right dude!!