Ahad, 20 September 2009

raya 1403H

syawal datang lagi tahun ni selepas ramadhan. 1430H.

0730 - makan pagi dengan famili. resepinya simple macam tahun2 sebelum ni. rendang ayam, daging masak kicap, ketupat nasi, ketupat palas, lemang sebatang. biasa kan? dah cakap tadi..makan sambil sembang2. memang best. semua cerita benda bukan2. yang tak penting pun kitorang cakap. berkumpul ramai2.

0800 - siap untuk pegi masjid. solat sunat aidilfitri. setahun sekali, so kena grab this chance dude! tapi yang pasti aku mandi paling lama. biasa la kan.. akibatnya, aku telah dimarahi abang2 ku yang nak mandi jugak. dengar jela. :)

0825 - sampai masjid. cari2 tempat solat. aku nampak seat kosong saf depan. pe lagi..terus meluru laju la. seat tu 1 je kosong. aku dengan tulus ikhlasnya bagi seat tu pada yang lebih memerlukan, my UMMI. so, aku duduk saf nombor 2. ok lah tu. tapi aku dapat gak solat saf depan akhirnya. sebelah makcik yang melatah yang buat aku terkejut sebenarnya. seriously~ ziarah kubur2 nenek moyang.

1100 - sampai rumah. siap utk ambil potret family. haha..UMMI siap nak pakai bedak2 lagi..so kena la kitorang make-up kan. :) tak apa, my UMMI kan. no problemas! this is some pics for u all.

make-up session!

family potrait

my AYAH with MIE! (lentok baik punye)

auww... SWEET!!

1215 - ramai bebudak yang dayang beraya. semuanya datang muke dah berpeluh2 sebab dah round 1 kampung. kulit muka jangan cakap la. semua dah gelap2. sian2. dulu aku pun macam tu. round 1 kampung semata2 nak kumpul rm1. aih~penat! pic bawah ni dila, anak jiran aku.

"baru 4 tahun, tapi dah macam 14 tahun." abang aku cakap.

memang pun aku setuju. mulut becok (bukan bachok kelate oke). banyak sangat cakap. yang suka layan ayah aku. dipanggilnya atuk (tuanya) and my Mie, opah. aku dia panggil akak (nasib baik, kalo tak dah lama aku siat mulut dia) :) aku baik!

dila, si becok

0100 - my sedara sampai. aku capai periuk, potong2 bahan nak buat lontong. 1st time. student la katekan. hati dah gundah gulana ni. tak tau sedap ke tak. tapi yang bagusnya my brothers semua puji. kuikui~

my cousins yang semuanya bertema purplelishes!

0530 - famili dila datang. pakcik radhi, mek, haidar ngan dila. aku capai kuali masak char kuew teow yang pedas. (i lurve it) dipuji! **wink**

0715 - ramai2 lepak kat luar rumah tengok sunset sambil memukul2 nyamuk yang pelbagai jenis perutnya setelah hisap darah yang pelbagai jenis. banyak sangat. darah2.



GUE : 1st syawal routine.

Khamis, 17 September 2009

duduk. menaip. lenguh.

.ke-27 puasa.

aku masih di fakulti. menaip ayat-ayat terakhir assignment. tangan sejuk beku. kebas sampai tak boleh nak tulis lagi. tak apa. sikit je lagi. tahan. baru pertama kali selepas hampir 3 semester aku di sini, aku mau hantar assignment before due date. normally, aku akan hantar assignment on the due date. tepat2. memang dah biasa. lali.

disebabkan semua student dah berpusu-pusu bawak bagasi yang besar (semacam pulang untuk setahun beraya), aku masih di sini menghitung baki2 jam untuk pulang. letih. badan dah sengal2. perlukan rehat.

but main objective aku nak pulang sebab aku betul2 teringin mau tunjuk kepakaran dan kehandalan aku dalam menganyam ketupat. terima kasih!!! (seperti kata Alleycats) ye..ye.. aku dah pandai buat ketupat. dah hampir 3 kali raya aku berusaha untuk mengayam ketupat hasil pembelajaran daripada sifu-ku (ayahku). tapi ternyata gagal sama sekali untuk aku menyiapkan 1 biji ketupat. FAIL!! tapi raya kali ni, aku akan mengayam ketupat dengan hanya tutup mata. WAH!! nesta sungguh kata2 aku kali ni. (anak2 yang berumur 18tahun ke bawah, harap off page ni). aku dah berjaya ayah!!! SUCCESS!!!

entah kenapa kali pertama saja aku anyam, terus berjaya walaupun ade cacat celanya sedikit. biasalah. orang baru belajar. perlukan bimbingan. tapi aku sangat2 confuse dan pelik. aku telah mengayam ketupat yang berbentuk 'ketupat luar biasa'.

"yang ko anyam ni ketupat gasing la.." kawan aku cakap.

aku diam. tapi menyampuk balik.

"eh..yeke??"

uniknya hasil kerja tangan aku ni. gasing pun boleh dibuat ketupat tanpa perlu membalingnya terlebih dahulu. ternyata aku memang hebat! syabas!!





oke. aku perlu balik sekarang. orang di sana menunggu aku walaupun hanya farah namanya.



GUE : selamat mengayam ketupat. tak tahu buat, call saja aku 013-311XXXX

Isnin, 14 September 2009

AIR. AKU PERLUKAN KAMU!

Hari Jumaat lalu, ade pengumuman kat Kolej Melati.

“Perhatian kepada semua warga Kolej Melati. Pembaikan kerja-kerja paip akan dilakukan pada hari esok iaitu Sabtu dari pukul 8.30pagi sehingga selesai. Oleh itu, anda diminta untuk menyimpan air untuk keperluan harian. Harap maklum.”

aiseh..leceh betul. tak de air pulak. nak basuh kain tapi tak de air. Oleh itu, untuk menyambut sambutan ketiadaan air di kolej Melati, student2 akan berpusu2 untuk basuh baju guna washing machine. Kawan aku dia cakap semua washing machine penuh sangat2. Barisan panjang tak ingat. Al-maklumlah, semua nak bersih di pagi Isnin, mungkin. So, terpaksa jugalah dia letakkan baldinya di sepanjang barisan tu. Nak bersih di pagi Isnin ok!

Dan aku tengok banyak baldi2 yang sudah diisi penuh dengan air. Untuk jamin kebersihan, mereka letak plastic atas baldi. Tapi ade yang letak surat khabar. (ikut kreativiti masing2). Banyak baldi. Bersusun di bilik air. Mungkin selepas ni pihak pengurusan kolej Melati terpaksa berhadapan dengan bil air yang cukup tinggi. Melambung.

Aku?? Masih rilex. Macam taka de ape2 pun. Rilex lagi. Dah la tak tadah air dalam baldi.

‘Ala..mesti ade air punye. Takkan la 1 melati taka de air kan..ade punye.’ aku mengomel sendirian.

Esoknya, sabtu subuh, aku bangun masih ade air sebab belum pukul 8.30pagi la. Aku tidur balik. Bangun pukul 10.30pagi. Aku pergi toilet mau mandi. Ternyata pendapat aku tepat! Air ade. So, aku mandi puas2. Malas la nak basuh baju. Esok jela basuh baju. Lagipun air ade, bukannye tak de kan. Aku mandi dengan sangat2 selesa. Hahaha.. Aku teruskan kerja seharian.

Hari Ahad kunjung tiba. Hari minggu yang indah. Banyak benda yang aku nak buat. Kemas bilik, sapu sampah, basuh kain, mandi etc. Subuh aku bangun untuk solat dan macam biasa, tidur balik. Bangun masih di waktu sama 10.30pagi. Best. Memang aku ikut plan asal. Kemas bilik dan sapu sampah beres. Sebab aku anak dara yang baik. Puikk!! Hahah… Aku bersiap-siap mau pergi toilet untuk basuh baju. Lepas tu mandi. Baldi di tangan kiri. Penuh. Toiletries di tangan kanan. Berjalan penuh semangat. Aku buka paip. Pusing. Pusing. Pusing. Pusing lagi. Pusing lagi. MasyaAllah!!!

‘Ahhhh!! Tak ade air???” aku terkejut beruk.

Patutlah tak ade sorang manusia pun kat toilet. Hanya baldi2 merah biru yang penuh berisi air. Aiseh…leceh betul. Alamak aku tak mandi lagi ni. Badan dah busuk2 ni. Muka berminyak2. Aku pandang kiri kanan untuk pastikan tiada orang di bilik air. Aku mau buat jahat. Aku ambil sikit air dalam baldi yang terhidang di toilet untuk cuci muka. Cepat2. Laju2. Nanti orang perasan. Ahhh….leganya!! Nasib baik tak ade orang lain masuk toilet waktu tu. So, aku terpaksa balik ke bilik bawak baldi yang penuh dengan baju yang tak berbasuh. Kecewa. Mandi pun belum. Harap lalat tak kerumuni aku selepas ni.


GUE: Sakit kepala tunggu air yang tak kunjung tiba. Sehingga ke saat entry ni di'post' masih tiada air di Melati. jangan risau, aku udah mandi!

Jumaat, 11 September 2009

overslept behavior

pukul 0145 aku tak tidur lagi. melayan movie dalam laptop. berulang kali, tapi masih mahu tonton. biarlah. tengok sambil gelak-gelak puas. hilang segala stress dan depression. langsung tak ingat bulan Ramadhan, tapi happy tak ingat. patutnya berzikir, berwirid dan tahajud. tapi aku sebaliknya. ;P

rumate aku tak tidur, aku pun tak tidur. sama2 perangai suka tengok movie tah hape2. suka biarlah. janji kami happy. habis movie, aku capai novel Maryamah Karpov. memang tabiat aku, sebelum tidur baca 20pages then baru sleep. baru la best. rutin harian. kunci jam pukul 0500 nak bangun sahur. dalam otak nak masak air panas, bancuh milo, cecah biskut HUP SENG. baca doa tidur, tidur. ZzZzZ..

Sahur. memang terlepas la jawabnya. jangan harap nak bangun. sedar2 tengok tingkap. cerah.

"subuh??"

capai hp. terang-terang pukul 0810 pagi.

"ahhh???"

"udah telat!! (indonesian word)

buka write new message. "wawa, aku baru bangun tidur ni. ko pegi la dulu"

reply. "k..huhu"

aku dah lambat. aku dah lambat. selalu dah ready pegi class pukul 0800pagi, ni baru nak bangun. adoiyai..faster2. dah la aku siap memang lambat. lagi buat lambat keadaan kat toilet. cepat!! bas pulak buat hal. driver nak tunggu penumpang. ah...benci betul. lama. aku sabar lagi. jalan pun akhirnya. aku lega sikit. tapi jam dah pukul 0845 pagi. aihh....

aku masuk kelas. muka peluh2 tapi nasib baik sempat calit bedak + blusher. nampak cute sikit. ;P. bukak pintu class. aku sorang. tabah2. ambik seat paling hujung. dekat. tapi semua tengok. lantak la.

"kenapa lambat? selalu tak pernah lambat. ni mesti berzikir malam tadi. hihihi.. sekarang ni kan 10malam terakhir Ramadhan. kena banyak buat ibadat." lecturer aku cakap, sambil muka aku merah2 disebabkan blusher tadi.


GUE : tengok movie bukan ibadat jugak eh??

tulisan dari seberang


"tuhan tahu, tapi menunggu..."


aku pernah tulis ayat ni dalam status facebook. baru beberapa hari. i quote this from novel EDENSOR by Andrea Hirata (indonesian writer). aku suka tulisannya. buat aku ingin berlari-lari dalam alam pengembaraan. penat. jenuh. payah. aku mengaku mula-mula baca novel ni dalam 30 pages, aku dah fed-up. sebab? sebab aku tak paham gaya tulisannya yang penuh dengan metafora. bunga2. tapi bukan bunga2 jiwang yang ada dalam novel2 cintun yang dibaca sahabat2 jiwang lain. maaf. tapi ini bunga dengan lenggok bahasa yang diaspirasi dari kehidupan sebenar. penceritaan tentang hidup yang wujud.

pembicaraan tentang kehidupan. anak kecil yang degil, keras kepala, nakal, sukar dijinakkan. letih ibu ayahnya. sehingga ditukar namanya 3kali. ada ke di antara kita yang ditukar namanya sejak kecil sampai 3kali? mustahil. tapi dalam novel ini memang tiada yang mustahil. semua bagai terjadi benar. anak kecil yang degil, keras kepala, nakal, sukar dijinakkan dari Pulau Belitong terbang terus ke Sorbonne, France. menuntut ilmu economy yang rasanya langsung tak diperlukan di negaranya. perbicaraan tentang cinta dan cita2 menyuburkan pengembaraan jejalah europe and africa hanya dengan berbekalkan keberanian. jadi ikan duyung di tengah2 lautan manusia seni. statik. tugu. jadi tegak. menang dan berjaya.

bacanya seperti ditoreh-toreh perasaan adventerous dalam diri. dirobek-robek. (mcm lagu dangdut Amelina). habis baca, aku pasrah. terlalu ingin membeli tetralogi seterusnya : Maryamah Karpov. tetralogi terakhir Lasykar Pelangi. sedang dalam pembacaan. kembara.

"eh..aku baru beli novel baru. Maryamah Karpov." aku cakap

"ahhh?? Mar..y..mah.. Ka..porr??" dia cakap.

"Maryamah Karpov la. Penulisnya Andrea Hirata yang tulis buku Lasykar Pelangi" aku jawab.

"ooo...kenapa bunyi macam XXXXXXX" dia bentak.

"uuikkk...."

aku mengaku. memang aku suka baca buku2 'kayak gini'. novel jiwang2. maaf. dulu ya, sekarang tidak. perlu perubahan dalam kehidupan kita. ahh..subjektif soalan ni.




GUE : kata2 di atas, lahir dari hatiku yang tulus murni.

aku ingin kembali, tapi malas

hahaha...

based on the title above, 'aku ingin kembali, tapi malas'. banyak kerja. bertimbun-timbun. tak buat tapi bangga tengok movie2. hah! movie. memang melalaikan aku di malam hari sampai di tengah subuh. habis tengok, terus terlentok. macam minah lentok. new movies yang aku ambik dari Kuncup (1 of my friend) semua aku dah tengok + siap analysis sekali. dialog, uih memang terus hafal. ulang movie yang sama. bosan. tapi tengok.

sekarang aku dah mula nak berjinak-jinak balik tulis blog. macam2 cerita, tapi malas nak tulis. macam2 situasi pelik, tapi malu nak tulis. macam2 kejadian aneh, tapi saja tak nak tulis. bagi suspen sikit. actually, banyak! :)

"update la belog ko.." syaffiq cakap.

"malas la.. layan facebook" aku cakap.

oke. aku cuba bahagi masa tulis karangan panjang dalam blog dengan tulis status pendek dan simple dalam facebook.

aku cuba. jangan putuskan harapan aku.


GUE : lari2an

Selasa, 28 April 2009

INI BETUL2 PUNYA. AKU TAK SUKA PERASAAN NI!

Apa anda akan buat kalau anda ada perasaan yang ‘tak sedap’ hati? Kelirunya aku sekarang ni. Perasaan ni aku benci sama sekali sebab perasaan ni buat aku berteka-teki dengan hati dan perasaan. Berlegar2 persoalan dalam minda aku sekarang. Tapi yg pasti perasaan ni tak ada kena-mengena ngan lelaki ya! This is about my family. I don’t know what it is. Aku takut. Aku takut kalau aku cakap, benda ni jadi reality pulak. Tapi dah lama aku rasa tak sedap hati.

Mula-mula berita kapal terbang terh****s.

Then, semalam aku mimpi acc****t. Ngeri sgt. Kurang kawalan.

Tadi, bau daun p***** yang digunakan untuk…ahh!!

Jgn fikir. Jgn fikir. It wills getting worst if I keep thinking bout it. Nope! It will not gonna happen. I’ll make sure that. Tapi siapa aku? Persoalan lagi. Aku just manusia biasa yang tak mampu ubah qada’ dan qadar kalau itu yang telah ditetapkanNya. Aku tak mampu ubah. Itu hakikatnya!

3rd May 2009. Family aku (ayah,mie,abangah,mas) akan pergi melancong ke Turkey. Mintak2 la semuanya selamat. Mereka selamat pergi ke Turkey dan selamat pulang ke Malaysia. InsyaAllah.

Lupakan semua persoalan. Tenangkan jiwa. Kembalilah bernafas lega. Aminn~



GUE : Bila aku habis exam, diorang still kat sana tgh ambik gambar berlatar belakangkan Masjid Biru.. Wah!

Isnin, 27 April 2009

sebelum tengah malam

Ayat2 ni dah lama aku tulis. Sejak dari form5 lagi. Baru sekarang nak post. Aissehh...

"Perjuangan adalah soal keberanian
Tanpa keberanian itu, sang demonstran tidak mampu
membangkitkan kebenaran dalam setiap sendi2nya
Kegoyahan iman pasti mampu menakluki jiwa gersang
Tatkala kalian semua hampir ke garisan hujung,
aku masih di tengah2 kehidupan
karena aku belum punya kekuatan yang dimiliki kalian
Soal kemestian dalam perjuangan adalah soal kemestian
dalam kehidupan
Aku masih perlu mencari kemestian2 itu
untuk aku mengisi ruang2 ini…"



GUE : ...??...

catatan tim hayabutsa hari ini

27th April 2009 (Monday)

Hari ini aku dah decide something yang sememangnya akan merubah bukan diri aku, tapi kandungan dan pengisian blog aku ni. Aku betul2 nak menulis bukan hanya untuk diri aku, tapi untuk MEREKA yang sedang membaca blog ni tapi at the same time, I will wrote in my own style. Still akan ada term2 yang sememangnya hanya aku yang faham. Contohnya seperti GUE (a.k.a. aku), MEREKA (a.k.a. mereka yang berada di sekeliling aku) dan ARJUNA, RAMA, etc. Ini bukan apa, aku memang gila kadang2, bukan selalu.

Ada 1 perkara yang aku bengang sikit. Kadang2 kalau aku rasa ingin menge’post’ new post dlm blog, mesti tak ada wireless. Ehmm..tak apa2. That’s not a big deal pun. Aku akan just tulis dulu dlm word, then post it if there is network.

Sunyi jap.

Tengah berfikir.

Memory aku memang agak low sikit. Tak boleh nak ingat sangat apa yang telah berlaku di siang hari walaupun perkara tu baru berlaku beberapa jam saja. Apa nak buat, aku redha. Tapi aku try.

Aku sedang HAPPY… (word for today). Yes. Happy.

Jam 9.00am – 12.00pm aku ada exam. FAR265. Aku dah buat cukuppp bagus (itu apa yg aku rasa). Tapi actually, byk yang tak *imbang.

*note : imbang di sini bermaksud tepat. Dalam term account, imbang akan berlaku dlm Balance Sheet iaitu assets = liabilities + owner’s equity. Jika imbang, maka jwpn anda adalah betul.

Tapi…ah.. tak kesah lah. Janji lepas 1 paper.

Selepas aku amik paper test 2 Math dari Moksu (kawan aku), aku terus naik BG (bilik gerakan SMF) walaupun budak lain laju2 nak balik hostel. Aku perasan ada mata yang memerhati bila aku melintasi dia. Dan aku juga teringat yang aku penah tegur dia 4hari lepas dalam bas.

*

*

“****S” aku tegur.

Dia toleh. Perasan yg aku memanggilnya.

“Kenapa dengan kaki?” perasaan curious aku menghantui. Sebab aku tgk kaki dia berbalut2 & tangan calar2. Tapi, muka tak de pape pun.

“Jatuh motor…”

“Ya ALLAH.. Habis tu boleh jawab tak tadi?” Kejadian ni berlaku selepas aku amik exam MKT420 (hari jumaat)

“Boleh la sikit2. Kau?”. Dia jawab dan tanya.

“Boleh la..”. Aku jawab balik.

“Ehm..ko nak balik rumah ke?” Waktu tu bas baru je lintas hostel aku menuju ke bustop.

“Balik rumah??”. Aku tanya dia pulak.

Dia angguk.

“Aku tinggal kat sini je” (sambil menunjukkan bangunan hostel aku). hahaha…klakar.

“Oh..”

Bas dah berhenti untuk turunkan aku & budak2 hostel.

“Em..k lah.” Aku angkat tangan pada dia. Dia senyum je.

*

*

Dan disebabkan peristiwa hari tu, aku rasakan dia tengah tengok aku. (Bodohnya perasaan ni!). Aku teruskan perjalanan menaiki tangga. Then aku nampak Timbalan Dekan – Dr.Nizal. Aku bagi salam, tapi dia tak jawab. Tak dengar agaknya. Pastu, aku Nampak Dekan plak, turun tangga jugak. Aihh..nak pegi mana diorang ni?? Lantaklah.

Perjalanan aku melintasi 3 bank. Semuanya penuh students nak ambil duit. Mungkin dah kering macam aku. Nak makan pun kena budget2. Biasa la tu, bila duit penuh kat tangan tak ingat dunia, semua nak dibeli. Bukannya 1, tapi 3 or 4. Memang tamak manusia ni. Aku pun sama je.

Sampai kat BG SMF, tgk ada 4 orang kat dalam (Kak Zira, Aiman, Syafiqul & awek Syafiqul). Aku tak rapat pun dgn diorg, just knl2 gitu. Tak tau nak sembang apa pun. Lagipun diorang bukannya Degree Account cam aku, even diorang account, but different aliran (aku tak tahu term dalam BI). Actually, memang payah sikit students Bachelor nak get along with students AFTAS or APAcS ni. Sebab ‘how they think’ are really contra with ‘how we think’. So, maybe sebab itulah kot..

Bagi salam, then aku terus buat kerja aku. Amik fail Bendahari, pura2 selak walaupun tak ada apa2 pun nak ditengok. Saja. Tu memang perbuatan yg akan dilakukan oleh seseorang yg rasa tak selesa or malas nak bercakap dgn orang lain. Simple & easy!

30 minutes kemudian baru diorang balik. Tinggal aku dgn Kak Zira. Yes! Dgn Kak Zira aku memang boleh layan sikit. Hehe..

Aku berjaya tidak mengeluarkan RM1.00 untuk beli tiket bas RAPID KL hanya utk balik ke hostel. Saving2. Kak Zira hantar aku balik naik kereta kancilnya yang cute berwarna perak.

Selepas tu..

Beli makanan + air teh ais dan naik ke bilik.

Jalani kehidupan macam biasa.

Sebab aku manusia biasa. Noktah.


GUE : Hari ni aku pakai baju kemaja kotak2 kecil berwarna oren+kuning. Tudung cream dihiasi batu2 kecil sekelilingnya dan dipadankan dengan seluar jeans light grey. Sebagai pelengkap, aku bawa sekali beg Radioactive brown dan kasut bermotifkan flora. Hehe.. I’m a university student now! Woah!

Khamis, 23 April 2009

kata-kata BERKAITAN yang agak merepek dan merapu. Aku suka!

silakan wahai tiM.haYaButSa.. luahkan...

1. "siulan si Rama-Rama bikin hidup jadi jelita"

2. "tolak ke tepi segala problem. biar ruang kosong, agar kita dapat berlari tenang"

3. "penghafalan ini menjadikan aku menghargai pimikiranku"

4. "ketika aku tenung gambar mereka, aku rindu pada teman sekolah"

5. "esok bermulalah perjuangan di atas kertas!!"

6. "kata-kata pujangga (Arjuna) kian pudar dan terus hilang"

7. "perutku menggesekkan irama kelaparan"

8. "jiwa bermusikkan rock juga punya hati untuk Illahi"

9. "semalam hari lama, hari ini hari baru"

10. "sayang aku, sayang saya, sayang 1000x sayang"


GUE : kolam penuh ikan

Ahad, 12 April 2009

bila aku dah mula sukakan OIAM 3...inilah jadinya

aku tau..

aku tau..



memang ini salah aku. aku tak patut bergembira di waktu aku akan mghadapi exam final sem. aku tau. aku rasa bersalah sgt2.



tapi..



aku nak tengok jugak!! apa nak jadi, jadilah!! (agak melampau..)



dan aku rasakan peserta yang plg layak menang rm1 juta tu adalah...(jeng3)



(bukan jeng kawan aku. dia xkan menang. hahaha)



adalah....








ke...


perubahan ketara bukan?? wah...agak bagus di sini.

WARKAH BUAT TOMOK

andai kata,kita tidak berjumpa..aku akan sentiasa..yakssss!! ape ni!

okie2..ni yang betulnye.

tomok,

1) buat betul2.

2) jangan lupa berdoa

3) jangan tinggal solat

4) ingat ALLAH bila dah menang nanti

5) buat album yang mematangkan diri anda

6) dah tak de idea

okiee!!!

GUE : aku start exam 19hb april

Jumaat, 3 April 2009

YANG BERADA DI HADAPAN AKU SEKARANG ADALAH...

itu persoalan utk anda.

a
aa
aaA
aaAR
aaARRGGHH!!

Jgn terkejut.Aku bknnya trcucuk lidi sate@tersepak kaki katil@jatuh dr tangga.Tx sbb risaukan aku.Jasamu dihargai.Em..ckp psl tangga,last frday hp aku bru trjatuh dari aras 3 - mrangkap tingkat 4.

BOLEH ANDA BAYANGKAN PERASAANKU TIKA ITU???
hrp2 jwpannya ya.Tp hp aku lgsung x calar wlaupn bersepai hp aku ktika tu.'mind blowing',bak kata mr.hitrik roshan.

Lupekan kisah tu.teruskan dgn tajuk.di hdpn mata aku skrg ada mcm2 chocolate + wrappers + color papers + etc. Ni bkn hobi aku,tp ke'willingness'an aku utk mmbntu fakulti bg mg'havoc'kn the nxt prgrm.

program:LECTURER'S DAY
date:8th APRIL 09
venue:FACULTY of ACCOUNTANCY

gue : plz do come to make tiz prgm success,yeah!

Sabtu, 28 Mac 2009

kalian adalah MEREKA

"kehidupan dengan kawan2 adalah lebih baik daripada kehidupan sendirian. gelak tawa. riang ria. buatkan kehidupan lebih bermakna dan ceria."


*

*

*


jadi...


sesiapa yang kat luar sana tu yang suke sgt being alone, remember this phrase:


KEHIDUPAN TERINDAH YANG PERNAH KU MILIKI ADALAH BERSAMA M.E.R.E.K.A.




GUE : bebudak class ac220 2h - uitm shah alam

stars of the night - wohAA!!

"Ehem3...aku rasa amat gembira kerana dapat tgk AF7 live depan mata aku on my birthday! bukan semua orang dapat chance gini tau. walaupun aku tau tiket AF yang ber'value' rm20 memang mudah didapati kini!"

"shaddap!!??!!" hahaha.... :)

bwh2 ni ade pics susulan. sila lihat bawah.

bawah ni la oiii!!


GUE : of coz, aku akan pergi lagi. tapi..bukan sebagai penonton, pelajar, musicians mahupun tenaga pelajar, tapi sebagai....PENGKRITIK. mau menggantikan AAR (adlin aman ramli). nantikan kemunculanku..

Sabtu, 28 Februari 2009

Aku kangen bangat

Mybe disbbkn hari isnin lampau aku mkn bakso,maka aku prlu brtutur dlm bhs indnsia.Oh tidak!

Mybe disbbkn hri rabu lampau aku bru format laptop,maka aku kna mghadap xsgmnt yg mggunung.Oh tidak!

Mybe disbbkn smlam aku tlh beli tdung bawal 1 kaler cream + t-shrt rm10,maka aku prlu brpuasa slama cnscutively 5 days.Oh tidak!

(Prnyataan di atas tdk sama skali dgn yg di bwh.Hrp maklum)

Bila aku bgn tidur wktu sbuh td (skrg wktu syuru' dh),aku tringat bundaku.Aritu aku dh call ckgu Maimun,suro dtg KL.Dkt sket & bley la aku dtg jenguk.

"tapi minggu ni MIE bzy.byk aktvti msjid.syg nk tinggalkn"

Betul jgk tu.Jgn ditinggalkn prkara baik.

"InsyaAllah next week, MIE&AYAH dtg sane.sebab nak trus g indnsia (bakso??hurm..) holidy"

Wow!!Bestnye jd retired employee ni kan?Bleh travel around the globe.
*
*
*
Ha..bru aku tringat.Ni nak story-morey ngn korang sume.Aku n kkwn yg lain mmg ANTI btl ngn sorg minah dlm clas aku ni.Mcm2 benda bgang yg myakitkn hati ktrg,dia penah wat.so,ktrg nk plan nk 'PRANK'kn...

(nxt post!)

Jumaat, 20 Februari 2009

perjalanan membeli buah2an bersamaku. mari ikuti KESAH ini.

10.50am - Skarang ni aku sedang menunggu cik Lel di seksyen2. Banyak kereta & bas rapid lalu lalang. (Ayt yg membosankn!) Tapi ini serius, asap yg dirembeskan dr bas2 ni menyesakkn prnafasanku. Dan aku rasakn kalau aku masih di bus stop ini selama 1jam, aku akn trus dibawa ke Pusat Kesihatan uitm. Debu2 di sini kalau dikumpulkn,aku rasekan boleh dijadikan 'compaq powder'. Betapa...lu pikir la sendri!!

Aku masih menanti. Mmg nk diikutkan hati mau saja aku balik rumah. Tapi disbbkn aku ni girl yg brtgjwb & lebih mementingkn tugas drp kehendaknya, maka aku redha jela. Petang ni aku ada meeting SMF, smlam ada meeting kolej. Dan semalam jgk aku dh habis test. Haha..tapi byk lagi tugas yg aku belum selesaikn.

Aku mau ke GIANT shah alam. Beli buah2an. Mcm yg aku katakn td.

GUE : sekarang pukul 11.12am. Cik Lel dh smpai. Maka aku nak fokus dlm pembelian. bai..!

Rabu, 18 Februari 2009

bila anda terasa penat, jangan sekali-kali menyebut P.E.N.A.T.

PENAT. LETIH. TIRED. LEMAH.

oppsss..walaupun aku penat @ letih @ tired, tapi aku belum lagi lemah ok! Lemah-lembut itu benar. Yakin.

Minggu ke-3 bulan 2 ini memang mencabar physical dan mental ku. pada masa inilah semua perkara2 penting berlaku. Aku perlu menjalankan tugas sebagai Exco Akademik, Kerjaya dan Kepimpinan dalam
SMF (Sekretriat Mahasiswa Fakulti Perakaunan 09'), AJK Perhubungan Dalaman Kolej Melati, common test accountancy. Banyak betul kerja. Tapi aku masih boleh menulis post ini..hah??

Yang happy nya, masa aku mau pulang ke UiTM dari midV, aku terserempak dengan insani yang aku betul2 sudah terlalu lama tidak berjumpa. Jodoh2..pertemuan kami sangat singkat kerana aku betul2 kena rushing utk balik. Alahai..ruginya. Dah la lama sangat2 tak jumpa, dapat jumpa pun sebab kebetulan, masa pula tidak mengizinkan. Errmm..tak apa2. Mungkin next time aku boleh jumpa dia semula. Bila lah agaknya ye. Study elok2 dan get the degree 1st ye KAK AQILAH. hehe...perempuan rupanya. Alhamdulillah.

Ana masih sola. Ana yang ku maksudkan adalah AKU. Bukan rohANA, suhANA, diANA atau raihANA ok?! Kadang2 aku rasa bosan juga hidup sorang2. Yang aku maksudkan solo, adalah berteman (duet). hahaha. Mcm gila. Memang aku punya ramai rakan, tapi lain maksudku. aahh...malulah! yakkss...NEXT topic!

Teringin benar aku mau speaking in Arabic and Japanese fluently. Apa yang aku inginkan ini langsung tiada kaitan dengan phrase selepas ini. Hari tu, ada cikgu Maimun call aku, cakap yang kak hidayah (jiran) nak sambung PHD...in Law (maybe) kat Australia. Wah!! Aku degree ni pun tak lepas2 lagi. Be cool. Be cool. Aku mau graduate dengan knowledge yang penuh di dada. Aminn~~


GUE : aku belum siap teks ucapan!!! arrgghh!!!

Sabtu, 14 Februari 2009

Sedang aku menggeledah otak utk ditonjolkan idea

Agak lama aku tidak tulis new post dlm blog ni. Tp sekarang aku semakin canggih. Aku bkn berada di mana2 cafe yg provide intrnet,tp hanya through hp gue aja. Canggih bukan? Bkn niat aku utk brbangga,tp hnya riak sedikit mgkin. Haahaahaa. Itu adlh gelak besar.

Ini hari trakhir aku menjaga booth (spelling? entah..) merangkap kedai KUS 09' di annexe. Mungkin sales tapi tidak cukup mmberangsangkan, tapi agk ckup membggakn. Aku trharu. Aku&rakan2 menang kuiz keusahawanan walaupn aku ketika tu rasa ingn tarik diri. Bkn kerana aku takut@kurang mahir dln ilmu am. Ok..


GUE: hadiah? Tgh dibalut kot...erm

Khamis, 5 Februari 2009

pengharapan

aku mungkin menemuimu 10 tahun dahulu
atau 10 tahun kemudian,
tapi
sempat kamu ke sini di waktu ini


by christopher merrill

Sabtu, 3 Januari 2009

aku tak tau nak cerita apa pasal tahun 2008

tahun 2008

tahun di mana aku genap umur 18 tahun. tahun di mana aku pertama kali menjejakkan kaki ke universiti. tahun yang mana aku peroleh lesen P untuk motorsikal. tahun yang mengakhiri hidupku di bandar aman, Taiping dan berpindah ke kampung halaman Sang Gedembai, Batu Gajah.

tahun yang banyak kenangan manis + pahit = mahit!!

tahun 2008

pada tahun ini juga aku dapat bertemu kawan aku yang sudah lama menyepi. sebenarnya, dah lama tak jumpa. bukan menyepi atau kesepian. dan bukan juga seperti tajuk filem Sepi. akhirnya kami jumpa pun membuatkan aku teruja walaupun dia tidak! :(
kesian...

dah lama aku tak jumpa kawan2 sekolah aku sebab semuanya busy dengan urusan masing2. jumpa pakwe la, pergi kenduri sedara la, anak buah kahwin la, jadi aku tidak ada kesempatan untuk 'diziarahi' sesiapa pun kecuali nyamuk2 yang senantiasa mengelilingi diriku ini. huh!

sejak akhir2 ni, aku macam berminat sungguh tengok video Nabil dalam Raja Lawak.

entah la kenapa...dapat hilang tension kot.

si 2008 sudah melabuhkan tirai, muncul pula sang 2009!!



GUE : aku masih ingin rasa terbang.